◉ HEADLINES

Bayi empat bulan maut akibat cedera di kepala

Polis menerima panggilan daripada Klinik Kesihatan Nilai pada 9.30 pagi memaklumkan kematian bayi tersebut

9:05 PM MYT

 

NILAI – Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata pihaknya menerima panggilan daripada Klinik Kesihatan Nilai pada 9.30 pagi memaklumkan kematian bayi tersebut.

“Bayi itu dibawa ke klinik berkenaan oleh seorang wanita dari kawasan Rumah Rakyat Nilai.

“Siasatan awal mendapati, pada hari kejadian wanita itu memberi susu kepada mangsa yang dijaganya dan kemudian diletakkan secara mengiring di atas ‘toto’ sebelum mendapati susu mengalir keluar daripada mulut bayi tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata wanita itu kemudian mengangkat bayi berkenaan serta menepuk belakangnya sebelum meminta bantuan jiran untuk membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Nilai.

“Pemeriksaan awal pihak klinik mendapati tiada tanda-tanda bayi itu masih hidup kerana tidak menunjukkan tindak balas semasa diperiksa,” katanya menambah hasil pemeriksaan polis juga mendapati tiada kesan kecederaan pada fizikal tubuh badan mangsa.

Namun, Abdul Malik berkata hasil post-mortem dilakukan di Hospital Tuanku Ja’afar semalam mendapati punca kematian bayi itu disebabkan kecederaan pada bahagian kepala dan tiada sebarang kesan kecederaan pada luaran tubuh mangsa.

Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, jika sabit kesalahan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Beliau berkata setakat ini tiada tangkapan ke atas mana-mana individu dilakukan. – 7 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related