◉ HEADLINES

Penipuan pakej umrah: Pemilik syarikat pelancongan, isteri ditahan polis Bukit Aman

Pasangan dalam lingkungan usia 40-an itu ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan polis berhubung penipuan pakej umrah membabitkan puluhan mangsa

9:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemilik sebuah syarikat pelancongan yang dikaitkan dengan penipuan pakej umrah, ditahan bersama isterinya oleh Bukit Aman pada Khamis lalu di kediamannya di Putrajaya.

Sumber berkata, penahanan kedua-duanya yang juga pengarah syarikat berkenaan dibuat pada jam 1.30 petang di sebuah rumah di Presint 14.

Difahamkan pasangan dalam lingkungan usia 40-an itu ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan polis berhubung penipuan pakej umrah membabitkan puluhan mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf ketika dihubungi Scoop, mengesahkan penahanan berkenaan.

Namun beliau tidak memperincikan tempoh masa pasangan terbabit ditahan dan dibebaskan.

“Kedua-dua mereka dibebas dengan jaminan polis dan akan beri keterangan di Melaka pada Selasa ini,” katanya.

Beliau bagaimana enggan mengulas lanjut berhubung siasatan yang sedang dijalankan setakat ini.

“Polis hanya menjalankan siasatan. Pejabat Peguam Negara akan menilai dari sudut pertuduhan dan pendakwaan. Saya hanya boleh katakan bahawa siasatan telah dijalankan,” katanya.

Bulan lalu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Siasatan) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa berkata ,sebanyak 25 kertas siasatan dibuka polis dalam siasatan berhubung penipuan oleh sebuah syarikat pengendali umrah yang kini digantung lesen operasinya.

Beliau berkata, kertas siasatan itu sedang dilengkapkan sebelum dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Hari ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sebanyak 88 kertas siasatan dibuka bagi kes penipuan pakej umrah membabitkan 47 mangsa, Disember lalu.

Beliau berkata, sebahagian siasatan sudah lengkap dan syarikat berpangkalan di Putrajaya itu sudah menerima notis pendakwaan.

“Pendakwaan akan dilakukan pada 9 Januari ini mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Sebelum ini, media melaporkan mangsa penipuan pakej umrah mahu tindakan tegas diambil terhadap syarikat berkenaan selepas syarikat itu didakwa gagal membayar ganti rugi kepada mereka. – 7 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related