◉ HEADLINES

‘Raja Dadah Malaysia’ akan hadapi pertuduhan di Thailand: Ayob Khan

Media sebelum ini melaporkan suspek yang dikehendaki polis Thailand kerana kesalahan menyeludup dadah telah ditahan dalam operasi bersama Thai-Laos

2:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lelaki dikenali sebagai ‘Raja Dadah Malaysia’ yang ditahan di Laos baru-baru ini akan menghadapi pertuduhan di Thailand dan tiada cadangan untuk beliau diekstradisi ke Malaysia, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata lelaki berusia 41 tahun berasal dari Perak yang berkahwin dengan wanita Thailand itu dipercayai telah melakukan kegiatan menyeludup dadah sejak sekian lama.

“Mana-mana rakyat Malaysia di luar negara dan melanggar undang-undang negara terlibat kita serah kepada negara berkenaan untuk ambil tindakan,” katanya dalam sidang media pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama Polis Diraja Malaysia Bersama Universiti Kebangsaan Malaysia di Bukit Aman, di sini, hari ini.

“Biarlah lelaki itu hadapi pertuduhan di Thailand.. pihak berkuasa Thailand ada bukti mencukupi untuk ambil tindakan ke atasnya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan suspek yang dikehendaki polis Thailand kerana kesalahan menyeludup dadah ditahan dalam operasi bersama Thai-Laos pada 29 Disember lepas. – 8 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related