◉ HEADLINES

Pelbagai peluang pelaburan hijau dijangka dapat diwujudkan di Malaysia: Anwar 

ConocoPhilips adalah sebuah syarikat penerokaan dan pengeluaran tenaga terkemuka dunia beribu pejabat di Houston, Texas, Amerika Syarikat

8:36 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelbagai peluang pelaburan hijau dan teknologi baharu dijangka dapat diwujudkan di Malaysia susulan komitmen tinggi diberikan kerajaan dalam usaha peralihan tenaga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Malaysia antaranya telah melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan peluang pelaburan tersebut wajar diteroka oleh syarikat seperti ConocoPhilips Company.

ConocoPhilips merupakan sebuah syarikat penerokaan dan pengeluaran tenaga terkemuka dunia beribu pejabat di Houston, Texas, Amerika Syarikat yang kini beroperasi di 13 buah negara dengan kira-kira 9,800 orang pekerja. 

Anwar berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebook beliau selepas menerima kunjungan hormat daripada pengerusi dan ketua pegawai eksekutif ConocoPhilips Company Ryan Lance dan presiden ConocoPhilips Malaysia Lisa Bruner, di sini, hari ini.

Beliau berkata semasa pertemuan itu Lance turut berkongsi perancangan syarikat tersebut terutamanya mengenai peluang pelaburan di Malaysia yang telah dikenal pasti. 

“Beliau menyatakan bahawa antara tarikan ConocoPhilips ke atas Malaysia adalah amalan tatakelola yang tinggi kerajaan berkaitan syarikat petroliam negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

“Kami turut berbincang mengenai inisiatif peralihan tenaga yang merupakan usaha di peringkat global,” katanya. – 10 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related