◉ HEADLINES

Kebakaran rumah Ngeh Koo Ham: Jemaah Menteri kutuk tindakan jenayah

Jemaah Menteri turut mengingatkan seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa bertindak berlandaskan undang-undang termasuk dalam mengurus perbezaan pandangan

3:35 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri mengutuk sekeras-kerasnya tindakan jenayah membabitkan kes kebakaran di rumah Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar, Perak, awal pagi tadi.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri turut mengingatkan seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa bertindak berlandaskan undang-undang termasuk dalam mengurus perbezaan pandangan.

“Jangan sesekali cuba membuat percubaan mengapi-apikan sentimen atau menghasut rakyat melanggar undang-undang terutama terhadap mereka yang berlainan pendapat.

“Jemaah menteri turut memberi amaran keras, sebarang tindakan yang melanggar undang-undang akan diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa,” katanya pada sidang media hari ini.

Awal pagi tadi, rumah Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar, Perak, telah terbakar, namun tiada mangsa dilaporkan cedera.

Kejadian itu telah dimuatnaik di dalam Facebook Koo Ham yang memaklumkan kebakaran berkenaan berjaya dikawal.

“Kejadian kebakaran berlaku di rumah Ahli Parlimen Beruas pada tengah malam tadi.

“Kebakaran dapat dibendung dan tiada mangsa dilaporkan cedera,’’ kata kenyataan di Facebook beliau yang ditulis oleh Admin, pagi ini.

Susulan itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam kes kebakaran itu.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api) dan siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut.

Katanya, pihaknya turut menemui satu botol yang disyaki molokov cocktail di lokasi kebakaran. – 10 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related