◉ HEADLINES

Kemuka dokumen palsu untuk dapatkan kemudahan kredit RM2 juta: Pensyarah, pengurus syarikat direman SPRM

Suspek disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran matan palsu kepada sebuah anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan

4:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengarah yang juga pensyarah universiti awam dan seorang pengurus sebuah syarikat kerana disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran matan palsu bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan kredit berjumlah kira-kira RM2 juta.

Permohonan reman selama lima hari bermula hari ini sehingga 15 Januari terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Majistret Mohamad Hafizul Awang selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kota Bharu, pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia sekitar 40-an ini ditahan pada jam 2.30 petang semalam ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM Kelantan bagi dirakamkan keterangan.

“Kedua-dua suspek yang berjawatan pengarah dan pengurus di sebuah syarikat yang sama disyaki telah mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran matan palsu kepada sebuah anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

“Dokumen mengandungi butiran matan palsu ini bertujuan untuk mendapatkan kemudahan kredit berjumlah kira-kira RM2 juta bagi pembelian lembu pedaging,” katanya.

Sementara itu Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap kedua-dua suspek bersama seorang lagi individu yang kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – 11 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Restoring Pagar Tras’ legacy: Malaysia’s ‘Notre Dame’ in the jungle

Today, the ruins struggle to tell the story of a bygone era and honour the legacy and sacrifices of French missionaries and Catholic migrants who built their lives around it

Making sex jokes at work may constitute sexual harassment, court rules

Sarawak Industrial Court upholds Maybank’s dismissal of officer found guilty of sexual harassment

◉ Related