◉ HEADLINES

Perbicaraan kes genosid Israel di ICJ beri harapan baharu kepada Palestin

Ramai rakyat Palestin dan pakar hak asasi manusia menganggap kekejaman yang dilakukan Israel adalah taktik mereka untuk menjadikan Gaza sebagai wilayah yang 'tidak boleh didiami'

11:21 AM MYT

 

ISTANBUL – Amnesty International semalam menegaskan, prosiding semasa di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang difailkan oleh Afrika Selatan terhadap Israel mempunyai potensi untuk melindungi rakyat Palestin, ‘menamatkan bencana kemanusiaan’ di Gaza dan memberi sinar harapan untuk keadilan antarabangsa.

“Di saat Amerika Syarikat terus menggunakan kuasa veto menyekat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada menyeru gencatan senjata, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan terus berleluasa, manakala risiko pembunuhan beramai-ramai adalah jelas.

“Negara-negara mempunyai kewajipan mencegah dan menghukum tindakan genosid dan jenayah kekejaman lain,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Setiausaha Agung Amnesty International, Agnes Callamard dalam satu kenyataan.

Tahap kemusnahan dan kehancuran di Gaza sejak tiga bulan lalu memaksa sekurang-kurangnya 85 peratus daripada penduduknya berpindah. – Gambar ihsan WAFA, 12 Januari, 2024

Siasatan ICJ terhadap perbuatan Israel adalah langkah penting untuk melindungi nyawa rakyat Palestin, mengembalikan kepercayaan dan kredibiliti undang-undang antarabangsa dan membuka jalan untuk keadilan dan pampasan kepada mangsa, katanya lagi.

Tahap kemusnahan dan kehancuran di Gaza sejak tiga bulan lalu terus meluas, memaksa sekurang-kurangnya 85 peratus daripada penduduknya berpindah, katanya.

Callamard berkata, bahawa ramai rakyat Palestin dan pakar hak asasi manusia menganggap ia sebagai taktik Israel untuk menjadikan Gaza, sebagai wilayah yang ‘tidak boleh didiami’.

“Sementara menunggu keputusan muktamad Mahkamah Keadilan Antarabangsa sama ada jenayah pembunuhan beramai-ramai dan jenayah lain di bawah undang-undang antarabangsa telah dilakukan, arahan untuk melaksanakan langkah-langkah sementara adalah penting bagi membantu mencegah kematian, kemusnahan dan penderitaan awam daripada berterusan,” katanya.

Perbicaraan pada Khamis akan disusuli dengan hujah pembelaan Israel pada Jumaat. – 12 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Jakim, Islamic affairs get RM2 bil under Budget 2025

This includes maintenance for educational infrastructure under dept, increased Kafa teacher quota, rehabilitation for GISB kids

◉ Related