◉ HEADLINES

Kebakaran rumah Ngeh Koo Ham: Polis tahan seorang lelaki di Shah Alam

Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, direman selama lima hari bagi siasatan lanjut

5:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an disyaki terbabit kes berunsur khianat dalam kebakaran kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, suspek tersebut ditahan di Shah Alam, Selangor pada jam 4 pagi tadi dan polis turut merampas dua buah telefon bimbit bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau sebelum ini.

“Permohonan reman telah dibuat ke atas tangkapan dan reman dibenarkan selama lima hari sehingga 16 Januari ini bagi siasatan lanjut.

“Sehubungan dengan itu kes telah disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan penjara selama tempoh sehingga 14 tahun dan denda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lanjut mengenai kejadian itu menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 bagi membantu siasatan polis.

Pada 10 Januari lalu, rumah pemimpin DAP itu di Ayer Tawar, Perak, terbakar namun tiada mangsa dilaporkan cedera.

Tiga buah kenderaan milik beliau dilaporkan musnah dalam kebakaran di kediamannya di Taman Semarak Jaya itu.

Polis turut menemukan satu botol yang disyaki molotov cocktail di lokasi kebakaran. – 12 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related