◉ HEADLINES

Presma nafi restoran mamak guna 4 ‘resipi jijik’, gesa pengguna TikTok padam video

Sekiranya pengguna itu gagal berbuat demikian, Presma akan mengambil tindakan undang-undang kerana ia kenyataan jahat dan tidak disokong sebarang bukti

6:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menafikan sekerasnya dakwaan seorang pengguna media sosial, berkait tahap kebersihan dan penyediaan makanan di restoran mamak yang didakwanya menjijikkan.

Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, pihaknya percaya dakwaan atau fitnah dibuat pengguna TikTok dikenali KakDya @dyanamohamad90 itu, adalah kenyataan jahat, tidak berasas dan tidak disokong sebarang fakta serta bukti.

“Justeru, pihak Presma menafikan sekeras-kerasnya semua dakwaaan yang dilontarkan melalui video tersebut.

“Pihak Presma juga yakin bahawa tindakan memuat naik video tersebut adalah berniat jahat dan akan menyebabkan perspektif negatif terhadap restoran mamak, selain akan menjatuhkan perniagaan restoran mamak di Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menerusi video tular itu, Kak Dya memberi pesanan supaya jangan menikmati hidangan di kedai mamak yang melakukan empat benda meloyakan tekak.

Dia mendakwa nasi beriani dibaluti spender (seluar dalam) lelaki yang terjadi di sebuah kedai mamak di Kuala Lumpur.

Malah, dia mendakwa berlaku perkara toyol kencing dalam makanan, penggunaan air mandian untuk membuat kuah kari dan terdapat restoran mamak menghidangkan kuah dal mengandungi najis yang dibekukan berwarna hitam.

Video itu sudah mencecah hampir 30,000 tontonan setakat hari ini.

Jawahar berkata, Presma ingin menegaskan bahawa pada setiap masa, pengusaha restoran mamak di Malaysia sentiasa menitikberatkan soal kebersihan dan kualiti makanan kepada pelanggan restoran.

“Oleh itu, pihak Presma meminta agar pemegang akaun tersebut memadam dan menurunkan video berkenaan melalui akaun TikToknya serta-merta.

“Sekiranya gagal berbuat demikian, Presma merizabkan segala hak di sisi undang-undang untuk mengambil tindakan atas sebarang fitnah dan dakwaan disebarkan,” katanya. – 12 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related