◉ HEADLINES

Seorang pelancong maut, bas ekspres dari Singapura terbakar

Bas melanggar motosikal yang terbabas, penunggang motosikal selamat dan berada di lokasi lain

10:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pelancong maut terbakar manakala enam lagi cedera termasuk dua parah selepas bas ekspres dinaiki terbakar dalam nahas di Kilometer 198.0 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara), pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Timbalan Penguasa Bomba ll, Zahrul Azha Mokhtar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi itu, bas dua tingkat berkenaan dalam perjalanan dari Singapura menuju Kuala Lumpur membawa 30 penumpang.

Katanya, panggilan kecemasan diterima pada jam 3.55 pagi sebelum 21 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik sahaja tiba didapati sebuah bas terbakar 100 peratus selepas bas itu melanggar sebuah motosikal yang terbabas sebelum itu.

“Bas membawa 30 mangsa dan kejadian mengakibatkan tiga daripadanya cedera sebelum dihantar ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bas tersebut membawa 30 mangsa, di mana tiga daripadanya cedera. – Ihsan Bomba, 13 Januari, 2024

Katanya, bomba turut mencari dan mengesan jika ada mangsa lain di bahagian bawah bas dan sepanjang 150 meter laluan lebuh raya.

“Pemeriksaan mendapati penunggang motosikal berkenaan juga tiada di lokasi dan dapat dihubungi selamat di lokasi lain berdasarkan nombor plat yang dijejaki pihak polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu mengesahkan nahas tersebut dan seorang penumpang maut akibat terbakar.

Katanya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat. – 13 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related