◉ HEADLINES

Pertembungan hebat Pongal ‘Captain Miller vs Ayalaan’

Captain Miller lakonan Danush berdepan dengan saingan filem Ayalaan lakonan Sivakarthikeyan di pawagam menjelang Pesta Pongal tahun ini

10:06 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Filem Captain Miller lakonan artis terkenal India, Dhanush akhirnya menemui penonton semalam dan dalam masa sehari ia berjaya mencatat kutipan sebanyak RM4.77 juta dengan RM3.5 juta datangnya dari Tamil Nadu.

Di Tamil Nadu, kutipan filem itu adalah lebih baik berbanding filem Dhanush sebelum ini iaitu Vathi tapi kurang dari Thiruchitrambalam serta Naane Varuvean.

Namun Pesta Pongal yang akan disambut pada Isnin ini mungkin akan mempengaruhi jumlah kutipan filem di pawagam dan menentukan sama ada ia akan meningkat atau menurun.

Captain Miller bagaimanapun berdepan saingan dengan filem Ayalaan lakonan Sivakarthikeyan di pawagam, apatah lagi pelancarannya diadakan pada hari yang sama.

Menariknya A.R. Rahman adalah pengarah muzik Ayalaan manakala anak saudaranya G.V. Prakash adalah pengarah muzik bagi Captain Miller.

Selain itu, Danush juga adalah individu yang bertanggungjawab membawa Sivakarthikeyan ke layar perak, justeru Captain Miller serta Ayalaan menjadi umpama pertembungan antara ‘guru dan murid’.

Captain Miller kini menjadi trending di media sosial dengan peminat filem berkenaan menyifatkan ia sebagai filem aksi yang hebat.

Ia mengisahkan mengenai Captain Miller, seorang anggota tentera yang mempunyai misi untuk mempertahankan kampung halamannya daripada British.

Berbeza dengan Ayalaan, ia memaparkan kutipan yang agak rendah pada hari pertama tayangan namun kutipan hari berikutnya telah menunjukkan peningkatan.

Jika Ayalaan berjaya menunjukkan prestasi yang baik, maka ia mampu meningkatkan kutipan menjelang musim perayaan pada minggu depan.

Ayalaan mengisahkan mengenai makhluk asing yang mendapat bantuan daripada empat sekawan untuk pulang ke tempat asalnya tatkala sekumpulan sainstis cuba menahannya. – 13 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

◉ Related