◉ HEADLINES

Pemandu cedera, kereta dipandu hilang kawalan, terjatuh dari tingkat 3 Top Glove Tower

Kereta dipandu mangsa sebelumnya melanggar dua kenderaan lain dan tembok batu sebelum terhumban ke bawah bangunan

1:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 41 tahun cedera dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan lanjut selepas kereta jenis BMW dipandunya hilang kawalan sebelum terjatuh dari tingkat tiga di kawasan parkir Top Glove Tower, Shah Alam, Selangor, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pada jam 1.06 pagi, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam telah menerima satu laporan berkenaan kemalangan jalan raya di kawasan parkir itu melibatkan tiga buah kenderaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta BMW dipandu mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu melanggar dua kenderaan lain.

“Kereta dipandunya melanggar tembok batu kemudian terjatuh dari tingkat tiga kawasan parkir tersebut.

“Akibat kejadian itu, pemandu BMW tersebut mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 45A (1) APJ 1987.

Katanya, saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697. – 14 Januari, 2024

caption:
Keadaan kenderaan dipandu seorang lelaki yang terjatuh dari tingkat tiga kawasan parkir Top Glove Tower, Shah Alam, Selangor pagi tadi. – Ihsan PDRM

Polis memeriksa lokasi kejadian kenderaan dipandu seorang lelaki hilang kawalan di kawasan parkir Top Glove Tower, Shah Alam, Selangor. – Ihsan PDRM

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sin Sze Si Ya Temple Pioneers of Kuala Lumpur Museum: a journey through history

If you are a local or a tourist looking for a starting point when visiting Kuala Lumpur, the Sin Sze Si Ya Pioneers of Kuala Lumpur Museum should be your first stop to understand the growth, development and community dynamics in this city.

◉ Related