◉ HEADLINES

Raja Petra tiada kredibiliti ulas isu politik: Saifuddin

Saifuddin turut membidas tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menggunakan perkataan ‘barua’ dalam kenyataannya baru-baru ini

10:02 PM MYT

 

ALOR SETAR – Penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin tidak mempunyai wibawa atau kredibiliti untuk mengulas isu politik semasa negara pada masa kini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, Raja Petra yang membawa diri ke luar negara setelah berhadapan beberapa proses mahkamah, jelas menunjukkan tidak berwibawa untuk memberi sebarang ulasan.

“Dia memilih untuk berada di negara lain berbanding berhadapan undang-undang, jadi dia tiada kredibiliti untuk beri ulasan dalam masa sekarang.

“Saya pun tak mau ulas apa-apa (mengenai Raja Petra) kerana keadaan tak ubah apa-apa fakta. Lebih baik urus dan jaga kebajikan rakyat daripada kita ulas soal dia… rugi kolum dalam surat khabar saja,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedah/Sungai Anak Bukit dekat sini, hari ini.

Sebelum ini, polis memaklumkan akan merujuk kepada Pejabat Peguam Negara bagi menentukan tindakan ke atas Raja Petra berhubung dakwaan terdapat gerakan ahli Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan yang dikenali sebagai ‘Langkah Dubai’.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pengasas dan penulis portal Malaysia Today itu kini berada di London.

Polis sebelum ini merujuk kepada Pejabat Peguam Negara bagi menentukan tindakan terhadap Raja Petra Kamarudin yang kini berada di London selepas dia mendakwa terdapat gerakan ahli Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan yang dikenali sebagai ‘Langkah Dubai’. – Gambar fail, 15 Januari, 2024

Sementara itu, Saifuddin turut membidas tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menggunakan perkataan ‘barua’ dalam kenyataannya baru-baru ini.

“Saya cuba untuk jarakkan diri… proses pilihan raya dah selesai, rakyat dah buat keputusan. Agama ajar saya akhlak, adab, akidah dan syariah jadi pemilihan perkataan biarlah kita hati-hati,” katanya.

Beliau berkata, sebagai pemimpin, perkataan seumpama itu harus dielakkan demi menjaga hubungan baik dengan semua pihak.

Perkataan itu disebut Muhammad Sanusi selepas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu daripada Persatuan Bola Sepak Kedah Darul Aman (KFA) yang disyaki terbabit rasuah bernilai RM6 juta. – 15 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related