◉ HEADLINES

Minta rasuah RM18,000, bekas penguat kuasa PBT direman 7 hari

Kedua-dua suspek ditahan SPRM semalam atas dakwaan meminta wang rasuah sebagai balasan menutup siasatan kes pengubahan wang haram terhadap seorang lelaki

5:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua bekas anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) direman seminggu bermula hari ini, selepas disyaki meminta dan menerima rasuah RM18,000.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Arunjothy M Selvaraju di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi.

Sumber memaklumkan, kedua-dua suspek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, atas dakwaan meminta wang rasuah sebagai balasan bagi menutup satu siasatan kes pengubahan wang haram terhadap seorang lelaki.

“Kedua-dua suspek dipercayai menyamar sebagai pegawai dari Unit Risikan Bukit Aman dan ke pejabat mangsa di sekitar Kuala Lumpur pada Khamis minggu lalu.

“Suspek memberitahu kononnya terdapat satu kes SPRM yang dibuka terhadap mangsa, membabitkan kesalahan di bawah akta pengubahan wang haram.

“Sehari selepas itu, suspek datang semula ke pejabat mangsa dan meminta wang rasuah kira-kira RM18,000 sebagai balasan untuk menutup siasatan berkenaan,” katanya.

Pada masa sama, sumber memaklumkan, mangsa yang ketakutan menyerahkan wang tunai RM10,000 kepada suspek.

Ujarnya, mangsa memaklumkan akan menyerahkan baki RM8,000 semalam, sebelum dia membuat laporan kepada SPRM pada Ahad lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009. – 16 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related