◉ HEADLINES

Menghasut: Sanusi mohon kes dipindah ke Mahkamah Tinggi Shah Alam

Beliau percaya, suatu perbicaraan yang berpatutan dan saksama tidak dapat dijalankan di mana-mana mahkamah jenayah rendah daripada Mahkamah Tinggi

9:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang berdepan dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, memohon untuk memindahkan kesnya dari Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud, yang mewakili Muhammad Sanusi berkata, permohonan itu yang difailkan semalam (15 Januari) telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara hari ini.

“Pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam ditetapkan pada 24 Januari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam pada itu, Awang Armadajaya berkata, pihaknya melalui surat, memohon untuk menangguhkan perbicaraan ke yang sepatutnya bermula 18 Januari ini di Mahkamah Sesyen Selayang, dan mahkamah melalui surat yang dihantar kepada pembelaan bersetuju untuk perbicaraan dilapangkan dan prosiding diganti dengan sebutan kes.

“Pihak kami mohon penangguhan perbicaraan kes pada 18 dan 19 Januari berikutan Menteri Besar (Muhammad Sanusi) perlu ke luar negara untuk tugasan rasmi. Mahkamah melalui surat turut membenarkan permohonan pembelaan untuk mengecualikan kehadiran Menteri Besar pada sebutan kes 18 Januari ini,” katanya.

Muhammad Sanusi selaku pemohon memfailkan permohonan untuk memindahkan kes antaranya atas alasan suatu perbicaraan berpatutan dan saksama tidak dapat dijalankan di mana-mana mahkamah jenayah rendah daripada Mahkamah Tinggi.

Menerusi notis usul tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Kedah itu berkata, sekiranya perbicaraan dijalankan di Mahkamah Tinggi, ia akan memudahkan pihak berkaitan merujuk kepada isu undang-undang yang rumit yang akan dikemukakan semasa perbicaraan.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Muhammad Sanusi didakwa telah menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pada 11 malam, 11 Julai tahun lalu.

Kedua-dua pertuduhan itu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – 16 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related