◉ HEADLINES

Pengemis Rohingya buat hal, cuba buka pintu kereta

Pemilik kenderaan mendakwa pengemis terbabit mungkin menyamar sebagai wanita untuk mendapat simpati orang ramai

10:03 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rakaman video memaparkan tindakan seorang peminta sedekah warga Rohingya cuba membuka pintu sebuah kenderaan dalam kejadian di Banting, Selangor, mencetuskan kebimbangan netizen.

Kejadian itu dirakam pemilik kenderaan berkenaan dan dimuat naik di platform X, semalam.

“Seram wei. Rohingya tu buat apa pegang pintu kereta lama-lama,” katanya.

Individu terbabit turut mendakwa peminta sedekah itu mungkin menyamar sebagai wanita untuk mendapat simpati orang ramai.

“Kalau perasan muka dengan tangan dia macam lelaki. Lepas tu dada macam ada sesuatu.

“Dia tak perasan dalam kereta ada orang sebab cermin tinted (gelap). Lokasi di Banting,” kata individu terbabit.

Menerusi video berdurasi 17 saat itu, peminta sedekah itu dilihat memakai tudung berwarna kuning dan pelitup muka sambil memegang sebungkus tisu.

Dalam video itu jelas kelihatan dia cuba membuka pintu kereta terbabit sebelum beredar.

Rata-rata netizen mengecam tindakan itu dan meminta kerajaan untuk menangani isu kebanjiran Rohingya di negara ini.

“Minta tolong sangat-sangat menteri yang sepatutnya buat kerja. Tangkap pendatang asing. Mereka sekarang menakutkan. Sekarang dah selesa duduk Malaysia sampai buat Malaysia ni macam negara mereka sendiri. Tolonglah tegas,” kata @akhmaratul.

“Sekarang ini dekat negara sendiri pun seram, menakutkan,” kata @Mike_Devo.

“Jelas muka lelaki walaupun pakai mask. Dada tu pula erm… memang diletakkan sesuatu,” kata @NorJ_Ahmad. – 17 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related