◉ HEADLINES

Boleh terus pakai baju sukan ke sekolah, kata Fadhlina

1:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelajar diberikan kelonggaran untuk terus memakai baju sukan ke sekolah untuk sesi persekolahan 2024/2025 yang akan bermula pada Mac ini.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dua hari ditetapkan untuk pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian kokurikulum.

Jelasnya, surat pekeliling dan makluman lanjut mengenai pelanjutan kelonggaran pemakaian sukan itu akan dikeluarkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk diedarkan ke semua sekolah dalam masa terdekat.

“Keputusan berkenaan adalah bagi meringankan beban ibu bapa serta memudahkan mereka untuk membuat persiapan persekolahan lebih awal,’’ katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 KPM di Putrajaya, hari ini.

Dalam sidang media selepas itu, Fadhlina berkata, pihak sekolah diberikan kebebasan untuk menetapkan hari bagi pakaian seragam sekolah, sukan dan kokurikulum.

“Autonomi diberikan kepada pihak sekolah untuk tentukan hari pemakaian berkenaan,” katanya.

Sebelum ini banyak pihak yang meminta supaya Kementerian Pendidikan membuat Keputusan mengenai pemakaian baju sekolah menjelang pembukaan penggal baharu persekolahan pada Mac ini.

Kelonggaran pemakaian baju sukan telah dilaksanakan pada Oktober 2021 sebaik sahaja sesi persekolahan dibuka, selepas hampir dua tahun ditutup akibat wabak Covid-19. – 19 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related