◉ HEADLINES

Ketua sindiket dadah di Sabah bergelar ‘Datuk’ akan didakwa

Polis kini sedang melengkapkan siasatan dan sedang mengesan aset lain yang membabitkan milik ahli sindiket terbabit

3:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua sindiket pengedaran dadah bergelar ‘Datuk’ dan beberapa individu lain yang ditahan kerana terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah di Sabah akhir Disember tahun lalu, dijangka dituduh di mahkamah dalam masa terdekat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamaruddin Md Din berkata, polis kini sedang melengkapkan siasatan dan sedang mengesan aset lain yang membabitkan milik ahli sindiket terbabit.

“Beberapa akaun (milik ahli sindiket) sudah dibekukan dan kita dalam proses mengesan aset lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini hari ini.

Pada 26 Disember lalu, ketua sindiket dadah bergelar Datuk antara 10 lelaki ditahan di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis syabu yang terbesar di negeri itu sejak 2015.

Susulan itu, pada 8 Januari lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, seorang pegawai agensi penguat kuasa yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah berkenaan turut ditahan menjadikan keseluruhan 11 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu. – 19 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related