◉ HEADLINES

Pengarah Emraz bakal didakwa atas dakwaan penipuan pakej umrah

Sejak tahun lalu hingga terkini, secara keseluruhan, JSJK menerima 403 laporan polis membabitkan penipuan syarikat berkenaan dengan nilai RM14.6 juta

1:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bukit Aman sudah menerima arahan daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk menuduh dua pengarah Emraz Travel & Tours Sdn Bhd berkait penipuan pakej umrah mencecah jutaan ringgit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, daripada 25 kertas siasatan dibuka, lima kertas siasatan yang lengkap sebelum ini sudah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

“Satu kertas siasatan berkait laporan di Batu Kawan, Pulau Pinang kita sudah mendapat arahan untuk tuduh kedua-dua pemilik syarikat di bawah Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

“Empat kertas siasatan lagi sudah mendapat arahan tiada tindakan lanjut (NFA) oleh timbalan pendakwa raya.

“Bagi kertas siasatan berkait laporan di Sibu, Sarawak, timbalan pendakwa raya memberi alasan kes telah disiasat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan sudah diambil tindakan.

“Bagi kes di Miri, mangsa menarik kembali laporan polis dibuat selepas mendapat semula wang, (manakala) bagi kertas siasatan laporan di Tanah Merah dan Presint 7, Putrajaya, kedua-duanya diklasifikasikan kes sivil dan dirujuk kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM),” katanya kepada Scoop hari ini.

Ramli berkata, berikutan pihaknya baru mendapat arahan berkenaan, tarikh bagi pertuduhan itu akan dimaklumkan kemudian.

“Langkah seterusnya adalah untuk lengkapkan kertas pertuduhan dan kemudian keluarkan subpoena untuk pengadu, suspek, saksi ke mahkamah dan pertuduhan akan dibuat,” katanya.

Beliau berkata, 20 lagi kertas siasatan masih dalam usaha dilengkapkan dan dirujuk ke pejabat TPR dalam waktu terdekat.

Sementara itu, Ramli berkata, sejak tahun lalu hingga terkini, secara keseluruhan, pihaknya menerima 403 laporan polis membabitkan penipuan syarikat berkenaan dengan nilai RM14.6 juta.

“Daripada jumlah laporan itu, 25 kertas siasatan dibuka Bukit Aman membabitkan kerugian mangsa berjumlah RM1.04 juta,” katanya.

Pada 15 Januari lalu, syarikat pengendali pakej umrah dan dua pengarahnya didakwa di Mahkamah Majistret di Putrajaya atas pertuduhan gagal mematuhi perintah award TTPM, supaya membayar balik tuntutan sebanyak RM589,031 kepada 21 mangsa, tahun lalu.

Syarikat Emraz Travel & Tours Sdn Bhd yang diwakili pengarahnya, Datuk Dr Zulkarnain Endut, 43, dan isteri, Datin Mazuin Mustafa, 43, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-63, syarikat tersebut, Zulkarnain dan Mazuin sebagai OKS pertama, kedua serta ketiga masing-masing dituduh atas 21 pertuduhan gagal mematuhi award TTPM yang memerintahkan supaya membayar RM589,031 kepada 21 mangsa yang menuntut wang itu.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat TTPM di sini dan pertuduhan mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 itu, membawa hukuman di bawah Seksyen dan akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan. – 20 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related