◉ HEADLINES

Lelaki biadap lempar helaian, cebisan Al-Quran tepi jalan diberkas

Hasil siasatan awal mendapati, suspek mengaku terbabit dalam kejadian itu

10:49 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sudah menahan seorang individu yang bertindak biadap merosakkan Al-Quran dengan melemparkan helaian dan cebisannya di kawasan Felda Palong, Jempol dalam kejadian semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Hoo Chang Hook berkata, penahanan itu dibuat susulan laporan seorang wanita berhubung kejadian terbabit.

“Pada 20 Januari kira-kira jam 8.30 malam, pihak Ibu Pejabat Polis Jempol menerima satu laporan daripada seorang wanita memaklumkan dia nampak seorang lelaki menaiki motosikal, melemparkan helaian dan cebisan Al-Quran yang sudah dikoyakkan di tepi jalan besar Palong. Pihak polis juga menerima dua lagi laporan berkaitan menjumpai helaian Al-Quran dan senaskah kitab ini di lokasi sama.

“Bertindak atas maklumat dan laporan dibuat pengadu, pihak polis berjaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berumur 37 tahun yang terbabit dalam kejadian ini dan merampas senaskah al-quran,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, suspek mengaku terbabit dalam kejadian itu.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Suspek juga, tegasnya, mempunyai dua rekod jenayah di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya dan satu rekod berkaitan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 untuk siasatan lanjut.

Chang Hook berkata, jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya, suspek boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih lima tahun.

“Manakala bagi hukuman Seksyen 427 Kanun Keseksaan, pemenjaraan selama tempoh tidak lebih lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Pihak polis menyeru semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan video serta gambar di media sosial berkaitan kejadian terbabit,” katanya. – 21 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related