◉ HEADLINES

‘Azam Baki pernah dituduh isu pemilikan saham, sepatutnya siasatan dijalankan terhadapnya’: Tun M

Dr Mahathir dalam sidang media khas mempersoalkan mengapa sukar menyiasat Ketua Pesuruhjaya SPRM itu

3:58 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas Tan Sri Azam Baki berhubung kurangnya siasatan dijalankan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu yang didakwa memiliki saham dengan jumlah yang melampau.

“Azam Baki bukan Tun, tetapi kita tak nampak sebarang siasatan ke atasnya. Dia (Azam Baki) pernah dituduh (berhubung isu pemilikan saham). Jadi sepatutnya siasatan dijalankan terhadapnya.

“Tetapi memandangkan dia adalah ketua (Ketua Pesuruhjaya SPRM), sukar untuk menyiasatnya.

“Tiada apa yang mencabar untuk menyiasat saya, saya hanya seorang Tun. Jika mereka masukkan saya dalam penjara, matilah dalam penjara. Jika saya mati, tidak perlu menyiasat saya,” katanya dalam sidang media khas di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini. – 22 Januari, 2024

Dr Mahathir berkata, kerajaan mempunyai segala akses untuk menyiasatnya seperti didakwa sebelum ini.

“Kerajaan kata mereka ada berkotak-kotak bukti. Tapi sampai sekarang tak tunjuk. Saya bawa kes ke mahkamah sekarang ini, saman fitnah, saya minta bukti.

“Apa yang mereka buat? Mereka suruh anak saya (Mirzan) untuk bagi bukti, jadi saya boleh didakwa,” katanya merujuk kepada siasatan SPRM yang sedang dijalankan terhadap anak sulungnya, Mirzan Mahathir.

Sementara itu Dr. Mahathir berkata, beliau dan Tun Daim Zainuddin kini menjadi sasaran siasatan.

“Saya tak tahu sama ada ini adalah balas dendam. Dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dipenjarakan semasa saya menjadi perdana menteri. Apabila dia dibebaskan, dia mahu bertanding. Saya sebenarnya berkempen untuknya. Saya dan Daim berkempen. Tetapi sekarang dia mahu menyiasat saya,” katanya.

Beliau juga mendakwa Mirzan dipanggil ke ibu pejabat SPRM untuk disoal siasat oleh pihak berkuasa itu, walaupun tiada kesalahan dibuat.

“Anak saya didesak untuk memberi keterangan, supaya saya boleh didakwa. Tiada kesalahan dibuat (Mirzan), apabila dia dipanggil oleh SPRM,” katanya.

Dr Mahathir turut mengulangi menggesan pihak berkuasa menyiasat Perdana Menteri (Anwar) berdasarkan akuan berkanun (SD) yang dibuat oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid pada 28 Oktober 1999.

“Sebaliknya, kamu (pihak berkuasa) meminta anak saya memberikan keterangan supaya bapanya boleh didakwa,” katanya.

Sebelum ini Murad mendakwa Anwar mempunyai RM3 bilion dalam lebih 20 akaun bank.

Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003 di bawah Barisan Nasional, dan 10 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020 di bawah tiket Pakatan Harapan. – 22 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Penang Sukma rugby player dies after collapsing during training in Kulim

A 21-year-old Penang Sukma rugby player died after collapsing during a training session in Kulim, with police classifying the case as a sudden death pending further investigations and a post-mortem examination

PM congratulates national team on 2026 Sepak Takraw World Cup quadrant event victory

Malaysia lifted the inaugural quadrant trophy after defeating India 2–0 in the 2026 Sepak Takraw World Cup final last night at Titiwangsa Stadium here

◉ Related