◉ HEADLINES

Pelanggan 5G sudah cecah 8 juta akaun

Jumlah itu satu perkembangan positif berdasarkan data capaian yang dikumpul sehingga 31 Disember lalu

2:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jumlah pelanggan yang beralih menggunakan perkhidmatan 5G setakat ini sudah mencecah lapan juta akaun.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, jumlah tersebut merupakan satu perkembangan positif berdasarkan data capaian yang dikumpul sehingga 31 Disember lalu.

“Setakat 31 Disember 2023, jumlah pelanggan (perkhidmatan 5G) di seluruh negara telah mencecah lapan juta akaun (pengguna).

“Ini satu perkembangan positif melibatkan pertambahan pelanggan. Kita harapkan lebih ramai lagi mendaftar setelah diumumkan tiada kos tambahan bagi melanggan pakej 5G seperti yang dimaklumkan pada 9 Januari lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan pakej P-Hailing Rahmah di Angkasapuri, di sini hari ini.

Menurutnya, kementerian berharap jumlah tersebut akan meningkat dalam tempoh singkat agar rakyat dapat memanfaatkan perkhidmatan 5G dalam melancarkan urusan harian masing-masing.

“Tidak mustahil angka akan lebih memberansangkan (selepas ini). Sekarang ini dilaporkan ada sekitar 45 juta akaun (pengguna) dalam pelbagai telco (syarikat telekomunikasi).

“Kita harap akan lebih ramai lagi mendaftar 5G selepas ini,” katanya.

Terdahulu Fahmi merasmikan pakej P-Hailing Rahmah yang melayakkan kira-kira 200,000 pemandu dan penunggang p-hailing di seluruh negara akan menikmati kemudahan internet serendah RM33 dengan pelan data minimum 40GB.

Pakej itu dilaksanakan dengan kerjasama lima syarikat perkhidmatan telekomunikasi (telco) iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM (Unifi Mobile) dan YTL Communications (Yes).

Pakej tersebut turut melibatkan kerjasama dengan 16 syarikat penyedia platform p-hailing, iaitu FoodPanda, Grab, Bungkusit, Halo Delivery, iHantar, Lalamove, MatDespatch, Parcel365, RideRunner, Shopee, Fasz Food, Lazada Logistics, Belibeli, iGoGet, GoGet dan GoLog.

Pemandu dan penunggang p-hailing boleh mendaftar pakej P-Hailing Rahmah bermula hari ini sehingga 23 April depan menerusi platform syarikat p-hailing masing-masing. – 23 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

House arrests been granted before so don’t pull wool over our eyes: Shafee

Datuk Seri Najib Razak's lawyer points to precedent in Kenneth Lee's murder case, provisions in Prisons Act

Malaysia crowned Sepak Takraw World Cup champions after Thailand walkout

Malaysia shattered Thailand’s three-title streak to clinch the 2026 Sepak Takraw World Cup team regu crown in a fiery final at Stadium Titiwangsa. The clash ended in chaos when Thailand stormed off in protest, leaving more than 3,000 fans to celebrate a dramatic 2-1 victory on home soil

◉ Related