◉ HEADLINES

Capaian rangkaian 5G di Selangor melebihi 95%: Fahmi

Bagaimanapun maklum balas daripada syarikat telekomunikasi mendapati masih banyak dalam kalangan pemain industri dan SME yang belum memanfaatkan sepenuhnya kelebihan rangkaian itu

2:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Capaian perkhidmatan rangkaian 5G di Selangor telah mencapai 95.9 peratus sehingga Disember lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata peratusan capaian itu adalah amat baik, khususnya kepada negeri yang ekonominya berasaskan kepada perindustrian serta perusahaan kecil dan sederhana (SME) seperti Selangor.

Bagaimanapun katanya maklum balas daripada syarikat telekomunikasi mendapati masih banyak dalam kalangan pemain industri dan SME yang belum memanfaatkan sepenuhnya kelebihan rangkaian 5G itu.

“Satu daripada masalah yang dihadapi adalah kadar penggunaan dalam kalangan industri, didapati masih banyak syarikat dan pemain industri belum memanfaatkan sepenuhnya rangkaian 5G bagi tujuan perindustrian.

 “Dalam hal ini, patik bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari akan terus berhubung dengan pemain industri terutama di kawasan-kawasan perindustrian untuk memastikan mereka memanfaatkan kemudahan ini sebaiknya,” katanya di sini.

Fahmi berkata demikian ketika menyembah maklum berhubung pelaksanaan 5G kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan berangkat melawat ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini. Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Hadir sama Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pengarang Bernama (menjalankan tugas dan tanggungjawab Ketua Pegawai Eksekutif) Nur-ul Afida Kamaludin, Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita) Arul Rajoo Durar Raj, Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Ekonomi) Nasriah Darus serta pegawai-pegawai kanan Bernama.

Fahmi berkata usaha kementerian itu melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memastikan rangkaian 5G dilaksanakan dengan baik di seluruh negara seharusnya disambut oleh semua pihak, khususnya pemain indsutri.

“Dengan keupayaan kesalinghubungan rangkaian 5G yang boleh mencapai lingkungan 1,000 peranti dalam satu ‘connection‘, maka sewajarnya pemain industri kita berubah daripada penggunaan 4G kepada sesuatu perkhidmatan yang lebih efisien,” katanya.

Sementara itu Fahmi berkata lapan juta daripada 45 juta akaun pengguna telefon mudah alih di Malaysia memiliki peranti yang menyokong 5G, sehingga akhir November tahun lepas.

Beliau berharap pencapaian positif dapat dimanfaatkan sepenuhnya negeri-negeri yang berindustri tinggi termasuk Selangor. – 23 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related