◉ HEADLINES

Bukit Aman ambil keterangan Dr Mahathir satu jam, 19 soalan ditanya, tidak semua dijawab

Dr Mahathir tidak menjawab semua soalan yang dikemukakan kerana soalan lanjutan akan dijawab di mahkamah

5:40 PM MYT

 

PUTRAJAYA — Bukit Aman telah mengemukakan 19 soalan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika merekodkan keterangannya di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini hari ini.

Kenyataan beliau diambil tiga pegawai polis dalam masa kira-kira sejam berhubung kenyataannya mengenai masyarakat India yang tidak setia.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak menjawab semua soalan yang dikemukakan kerana soalan lanjutan akan dijawab di mahkamah.

“Ada soalan yang ditanya saya boleh jawab, contohnya rakaman temu bual itu di mana, atau macam mana rakaman itu dibuat, yang tidak boleh dijawab saya akan jawab dalam mahkamah.

“Namun saya tidak nampak saya ada buat sebarang salah, saya ada pendirian dan pemahaman saya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas memberikan keterangan kepada polis di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir memaklumkan beliau sudah 10 kali memberi keterangan kepada polis sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dr Mahathir turut mempersoalkan kenapa dirinya sahaja yang sering diminta beri keterangan oleh pihak polis seperti dirinya seorang penjenayah sedangkan beliau seorang yang mematuhi undang-undang.

“Setiap kali saya beri kenyataan, ada yang buat laporan polis, saya nak tanya kenapa seorang saja, banyak lagi yang buat kenyataan rasis dan 3R (agama, bangsa, raja).

“Nama saya dalam Kertas Pandora atau Kertas Panama pun tiada disebut, ada individu yang disebut dalam itu hanya beri kenyataan sahaja, tapi saya sampai kena beri keterangan,” katanya.

Baru-baru ini Dr Mahathir menerusi temu bual bersama sebuah media dilaporkan mendakwa, masyarakat India di Malaysia tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana masih terikat dengan negara asal mereka.

Dakwanya, seseorang itu harus dikenali sebagai ‘orang Melayu’ untuk berhak menganggap Malaysia sebagai negara sendiri.

Malah, beliau berkata, orang India di Malaysia tidak bercakap bahasa Melayu sebagai bahasa asal mereka, tetapi berkomunikasi dalam bahasa Tamil.

Kenyataan Dr Mahathir itu mencetuskan ketidakpuasan hati beberapa pihak, termasuk Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang yang kecewa dan membidasnya. – 23 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related