◉ HEADLINES

Hujan lebat hampir sejam, beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat

Stesen Komuter Batu Tiga iaitu laluan dari Pelabuhan Klang -Kl-Sentral-Klang akan menggunakan satu landasan pada masa ini

7:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Beberapa kawasan di Lembah Klang termasuk Shah Alam dan Klang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat selama beberapa jam sejak petang ini.

Susulan banjir itu, stesen Komuter Batu Tiga iaitu laluan dari Pelabuhan Klang -Kl-Sentral-Klang akan menggunakan satu landasan pada masa ini.

KTM Berhad dalam kenyataannya memaklumkan, kereta api juga akan berhenti lebih lama di stesen sekiranya berlaku konflik kereta api dari arah bertentangan.

Manakala Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan pihak telah menjalankan rondaan serta pemantauan di kawasan berisiko banjir sekitar Putrajaya.

Antara lokasi yang telah dijalankan pemantauan itu adalah terowong dari Presint 9 menghala ke Presint 11.

“Pemantauan semasa juga dilakukan melalui CCTV dengan kerjasama maklumat berkaitan melalui Putrajaya Command Centre (PPj) untuk dilaksanakan.

“Bomba juga telah memeriksa longkang-longkang di kawasan sekitar dan paras air di beberapa kawasan yang berisiko air bertakung serta melakukan pembersihan sampah sarap yang menghalang laluan air mengalir ke longkang,’’ katanya dalam kenyataan di sini.

Sementara itu, netizen berkongsi gambar-gambar banjir di media sosial mengenai banjir di kawasan mereka.

“Hujan lebat Shah Alam, moga semua baik-baik dan dipemudahkan terutama sahabat-sahabat kenalan di Taman Sri Muda. Air dah naik,’’ kata Muhd Munzir Mustapha dalam Facebook.

Selain banjir kilat, pengguna turut melaporkan mengenai pokok tumbang di Klang.

Manakala seorang pengguna X, @xtwinnourla berkata siren amaran telah dibuka di Seskyen 13, Shah Alam.

“Wasalam. Tadi hujan lebat lebih 1 jam. Air dah naik pada sensor dan berbunyi. Harap-harap la banjir kilat je dan cepat surut,’’ katanya. – 23 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya likely to lose seven players permanently despite CAS ruling: AFC

It says eligibility falsification case may trigger further disciplinary review after CAS upholds 12-month ban

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

◉ Related