◉ HEADLINES

‘Jangan tertipu’ kakak Bella ingatkan orang ramai mengenai pembunuhan adiknya

3:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kakak kepada Mila Sharmilah Samsusah atau Bella mempersoalkan motif polis yang menyatakan motif pembunuhan itu adalah disebabkan oleh cemburu.

Menurut Norhisham, sepanjang Bella berkawan dengan tertuduh, adiknya itu menyatakan bahawa lelaki itu tiada perasaan cemburu langsung.

“Siapa cakap motif cemburu? Siapa cakap sakit hati… Bella siap cakap Haikal ni tak de perasaan cemburu langsung. Dia tak sayang aku ke?,’’ katanya menerusi luahan hati di Facebook hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain hari ini berkata polis percaya motif pembunuhan Bella adalah bermotifkan cemburu.

Punca kematian ibu tunggal itu, katanya adalah disebabkan keretakan di kepala yang terkena benda tumpul.

Razarudin juga menafikan dakwaan di media sosial bahawa polis seolah-olah memberi ‘layanan mesra’ kepada suspek dalam siasatan kes itu dan menjelaskan kali pertama suspek utama ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 364 Kanun Keseksaan iaitu melarikan orang.

Hari ini, tertuduh, Mohammad Haikal Mahfuz, 25, yang juga bekas posmen, telah didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas tuduhan membunuh.

Mengikut pertuduhan, Haikal didakwa membunuh Mila Sharmilah antara 11 malam 14 Disember hingga 5.30 pagi 15 Disember 2023.

Dalam pada itu, Norhisham turut mendakwa adiknya dibunuh disebabkan perkara kecil namun tidak mendedahkan mengenai perkara itu.

“Saya boleh agak sebab apa, sebab itu adalah chat terakhir dia dengan saya. Ayat cliche la semua ni. Sesungguhnya rapatnya kami takkan terfikir oleh orang lain.

‘Sebab kami 2 je. dia la racun, dia la madu,’’ katanya.

Dalam hantaran di Facebooknya itu, Norhisham berkata, jenazah Bella akan disembahyangkan di Masjid Dato Bentara di Batu Pahat hari ini. – 24 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related