◉ HEADLINES

Mimbar tegur masyarakat tanpa adab, semakin berani sanggah, cela golongan ulama

Lebih menyedihkan, masyarakat juga berani menuduh sesat dan mengkafirkan ulama

4:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mimbar hari ini menegur masyarakat yang semakin berani menyanggah dan mencela golongan ulama yang memberi nasihat dan teguran, menyatakan kebenaran, menolak maksiat serta kebatilan.

Teks khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertajuk ‘ulama pewaris para nabi’ mengingatkan ummah bahawa golongan ulama memiliki kedudukan tertinggi dan istimewa di sisi Allah SWT, bahkan diktiraf sebagai pewaris tugas para nabi dan rasul.

“Masyarakat hari ini semakin ketandusan adab dan hormat terhadap golongan ulama sehingga berani mencela, mentertawakan dan menyanggah mereka kerana menyatakan pandangan.

“Golongan ulama tidak lagi dihormati. Nasihat mereka tidak diendahkan malah disanggah tanpa adab.

“Bahkan lebih menyedihkan, masyarakat juga berani menuduh sesat dan mengkafirkan ulama,” menurut teks khutbah itu.

Mimbar turut menitipkan pesanan kepada umat Islam supaya menghargai ulama yang ada ketika ini kerana mereka ibarat pelita menerangi hidup ummah.

“Sedarlah bahawa ulama merupakan pewaris para nabi. Mereka pembimbing menuju jalan yang diredhai Allah SWT.

“Mereka umpama cahaya yang menyuluh ketika gelapnya malam. Tanpa adanya cahaya, kita tidak akan sampai kepada jalan yang hendak dituju,” katanya.

Sementara itu, teks khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pula mengajak setiap umat Islam untuk menjadikan masjid sebagai rumah kedua dengan melazimkan diri hadir solat lima waktu dan juga majlis ilmu.

“Memakmurkan masjid adalah salah satu tanda iman dan penyebab cinta Allah.

“Di samping itu, didik anak-anak untuk mencintai rumah Allah dengan membawa anak-anak melazimi solat berjemaah pada setiap waktu terluang.

“Selain itu, jadilah hamba yang hatinya sering teringat dan terpaut kepada masjid,” kata teks khutbah bertajuk ‘masjid rumah keduaku’ itu. – 26 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related