◉ HEADLINES

6 penumpang, pemandu selamat bas laluan 303 terbakar

Kejadian berlaku di hadapan pusat beli-belah Great Eastern pagi tadi

5:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kesemua enam penumpang dan pemandu bas RapidKL yang terbakar di Jalan Ampang, pagi tadi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Rapid Bus memaklumkan bas Laluan 303 dari Taman Mulia Jaya hingga Lebuh Ampang itu terbakar di hadapan pusat beli-belah Great Eastern kira-kira jam 10.52 pagi tadi.

“Ketika kejadian, kapten bas terbabit melihat asap yang datang dari bahagian belakang dan mengambil keputusan pantas memberhentikan bas bagi menurunkan penumpang serta cuba mengawal api daripada merebak menggunakan pemadam api yang terdapat di dalam bas.

“Pemandu bas Rapid KL dilatih untuk mengendalikan situasi kecemasan atau luar jangka seperti ini. Pihak bomba tiba di lokasi pada jam 10.56 pagi dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya tidak lama selepas itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Malah, katanya, tiada kerosakan pada harta benda awam dilaporkan.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan. Pasukan forensik bomba juga berada di lokasi bagi menjalankan siasatan awal ke atas kejadian ini.

“Bas tersebut sudah ditunda balik ke depoh pada jam 12.08 tengah hari tadi,” katanya.

Pada masa sama, Rapid Bus memohon maaf kepada penumpang yang terjejas akibat kejadian itu.

Katanya, pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi menjalankan siasatan sepenuhnya bagi mengenal pasti punca kebakaran. – 29 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related