◉ HEADLINES

Agenda pengampunan Najib? Tunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan: Zaliha

Sebelum ini ada desas-desus pengampunan Najib akan dibincangkan dalam mesyuarat itu

1:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa mengesahkan Lembaga Pengampunan telah mengadakan mesyuarat, semalam.

Menurutnya, mesyuarat diadakan di Istana Negara di sini.

Walau bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai agenda mesyuarat berkenaan.

“Tunggu kenyataan rasmi (Lembaga Pengampunan),” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mesyuarat Lembaga Pengampunan dipengerusikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu merupakan mesyuarat terakhir Seri Paduka sebelum menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong, hari ini.

Semalam, pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu belum mendapat apa-apa maklumat mengenai mesyuarat Lembaga Pengampunan.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, tiada siapa pun dimaklumkan mengenai mesyuarat berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan Lembaga Pengampunan akan mengadakan mesyuarat dipengerusikan Al-Sultan Abdullah, dengan antara agenda mesyuarat terbabit adalah mengenai hukuman penjara yang dihadapi Najib.

Desas-desus mengenai pengampunan Najib dibincangkan sejak beberapa minggu kebelakangan ini. – 30 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related