◉ HEADLINES

Sultan Ibrahim berangkat dari Johor, angkat sumpah Yang di-Pertuan Agong Ke-17 hari ini

Baginda mengambil alih jawatan itu daripada Al-Sultan Abdullah dan akan memegangnya bagi tempoh lima tahun

8:59 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dijadual mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat di Balairung Seri, Istana Negara hari ini.

Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan itu akan diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas).

Baginda akan memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.

Susulan istiadat itu, Sultan Ibrahim terlebih dahulu dilaporkan berangkat dari Istana Bukit Serene, Johor pada jam 7.45 pagi ini.

Baginda dijadual berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ke ibu negara.

Pelantikan itu akan dilaksanakan dengan Sultan Ibrahim menandatangani Surat-surat Perisytiharan Memegang Jawatan di hadapan sultan dan raja Melayu, kerabat diraja serta dif kenamaan.

Kandungannya akan dibacakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Istiadat Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan bermula di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang kira-kira 9.45 pagi, sebelum Sultan Ibrahim berangkat ke Istana Negara.

Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah dan anakanda-anakanda baginda turut dijadual berangkat ke istiadat bersejarah itu.

Ketika istiadat itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.

Pelantikan Sultan Ibrahim dan Sultan Nazrin dipilih pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) pada Oktober tahun lalu.

Sultan Ibrahim mengambil alih kedudukan sebagai Ketua Negara itu, selepas Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong semalam, selepas memenuhi tempoh lima tahun di atas takhta berkenaan.

Pelantikan Al-Sultan Abdullah ke jawatan itu bermula sejak 31 Januari 2019.

Sultan Ibrahim diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar dan dimahkotakan pada 23 Mac 2015 dalam satu istiadat khas di negeri berkenaan. – 31 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related