◉ HEADLINES

Mentega Terbang: Pengarah, penerbit dibenar cabar pengharaman filem

Hakim Datuk Amarjeet Singh akan menetapkan tarikh berasingan bagi mendengar hujahan lisan mengenai merit semakan kehakiman

10:38 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang dibenarkan meneruskan cabaran mereka berhubung larangan kerajaan terhadap filem kontroversi berkaitan agama itu.

Kebenaran itu dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas institusi berkenaan membenarkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dilakukan penerbit filem berkenaan.

Dengan kebenaran diberikan itu, hakim Datuk Amarjeet Singh akan menetapkan tarikh berasingan bagi mendengar hujahan lisan mengenai merit semakan kehakiman.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan tayangan Mentega Terbang pada September tahun lalu selepas ia didakwa mengandungi unsur bercanggah dengan pegangan agama.

Bagaimanapun, pengarahnya, Khairi Anwar Jailani dan penerbit, Tan Meng Kheng mencabar keputusan itu di mahkamah.

Semasa prosiding hari ini, peguam Persekutuan, Sallehudin Md Ali membantah permohonan kedua-dua individu terbabit, dengan menegaskan pengharaman dikenakan KDN itu tidak boleh dipertikaikan secara undang-undang.

Peguam mewakili Khairi Anwar Jailani dan Tan Meng Kheng mencabar perintah larangan kerana tidak tertakluk kepada semakan kehakiman. – Sairien Nafis/Scoop, 31 Januari 2024

“Kami membantah kerana perintah larangan itu tidak tertakluk kepada semakan kehakiman,” kata peguam kepada kedua-dua responden, iaitu KDN dan kerajaan Persekutuan seperti dilaporkan Malaysiakini.

Bagaimanapun, peguam mewakili Khairi Anwar dan Meng Kheng, iaitu Zaid Malek menegaskan perintah larangan KDN itu boleh dipertikaikan di mahkamah dalam keadaan luar biasa.

Amarjeet kemudian menetapkan 14 Februari depan untuk pengurusan kes semakan kehakiman.

Terdahulu, pada Mac tahun lalu, filem itu dikecam hebat dan mengundang kemarahan orang ramai berikutan dakwaan ia mengandungi unsur bercanggah dengan pegangan agama.

Adegan tersebut dilaporkan membabitkan perbincangan mengenai orang Islam menikmati daging babi, selain perbandingan antara ajaran kehidupan selepas kematian mengikut pelbagai agama.

Polis memulakan siasatan sebagai tindak balas terhadap aduan difailkan terhadap filem itu yang mendakwa ia termasuk adegan dianggap menyinggung perasaan umat Islam.

Malah, polis menyiasat ugutan bunuh terhadap beberapa individu yang terbabit dengan filem itu, termasuk Khairi susulan keretanya disimbah cat merah dan hitam.

Pelaku turut meninggalkan ugutan tulisan tangan pada sehelai kertas terhadap Khairi. – 31 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related