◉ HEADLINES

SPRM beku akaun bank ahli perniagaan bergelar Tan Sri, babitkan nilai puluhan juta ringgit

Pembekuan susulan siasatan SPRM terhadap seorang ahli perniagaan berkaitan kontrak diberikan kepada sebuah syarikat pembekal kenderaan kerajaan sejak Julai tahun lalu

12:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan beberapa akaun bank persendirian milik seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bernilai kira-kira puluhan juta ringgit.

Pembekuan itu susulan daripada siasatan yang dijalankan SPRM terhadap seorang ahli perniagaan berkaitan kontrak yang diberikan kepada sebuah syarikat pembekal kenderaan kerajaan sejak Julai tahun lalu.

Menurut sumber, sebelum ini SPRM turut menyerbu kediaman dan syarikat seorang ahli perniagaan berusia 70-an tersebut serta memperoleh dokumen berkaitan kewangan yang boleh membantu siasatan.

Sumber memberitahu, SPRM juga telah merakam beberapa keterangan saksi-saksi penting yang terdiri daripada agensi kerajaan terlibat dan juga individu-individu daripada syarikat yang mendapat perolehan membekal serta menguruskan fleet kenderaan Kerajaan Malaysia.

“Lebih 100 akaun persendirian dan syarikat bernilai jutaan ringgit yang berada di bawah kawalan Tan Sri berkenaan telah dianalisis bagi melihat trend pemindahan wang kepada individu tertentu.

“Daripada jumlah tersebut, SPRM telah membekukan beberapa akaun yang jumlahnya dianggarkan puluhan juta ringgit,” kata sumber tersebut hari ini.

Terdahulu, pada 19 Januari lalu, SPRM menyerbu kediaman seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bagi siasatan berhubung dakwaan rasuah perolehan membekal dan mengurus fleet kenderaan kerajaan Malaysia.

Sumber memberitahu Scoop, ia merupakan kesinambungan kepada siasatan SPRM sejak Julai tahun lalu.

Turut diserbu beberapa syarikat berkaitan bagi melengkapkan siasatan SPRM.

Pada 2020, Ketua Setiausaha Perbendaharaan ketika itu, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir memaklumkan, sejak 30 Oktober 1993, konsesi fleet kenderaan kerajaan Malaysia telah diuruskan sebuah syarikat sendirian berhad milik Tan Sri tersebut melalui Perjanjian Konsesi antara Kerajaan Malaysia dan syarikat berkenaan.

Bagaimanapun difahamkan, Tan Sri yang dimaksudkan adalah sekutu rapat bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. – 31 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related