◉ HEADLINES

‘Gesa saya dipecat? Pada saya gesaan itu tidak matang’: Dr Zaliha

Keputusan dibuat Lembaga Pengampunan terhadap Najib adalah bersifat kolektif

9:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa menyifatkan gesaan sebuah parti supaya dirinya dipecat daripada Kabinet susulan pengumuman Lembaga Pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Razak, sebagai tidak matang.

Malah katanya, keputusan dibuat oleh Lembaga Pengampunan itu adalah bersifat kolektif.

“Itu (gesaan dipecat) pandangan peribadi, bagi saya, kita kena tengok keputusan yang diambil itu adalah keputusan Lembaga Pengampunan, (dibuat secara) kolektif.

“Kalau hendak tuju pada saya, pada saya gesaan itu tidak matang,” katanya ketika ditemui selepas sesi ramah mesra bersama ketua-ketua pengarang media di sini malam tadi.

Beliau sebelum itu ditanya mengenai gesaan sebuah parti yang mahu beliau dipecat kerana gagal dalam menjalankan tugasnya susulan pengumuman Lembaga Pengampunan itu.

Semalam, bekas Perdana Menteri itu diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar oleh Lembaga Pengampunan yang telah bersidang pada 29 Januari lalu.

najib-akan-dibebaskan-awal-pada-23-ogos-2028-lembaga-pengampunan

Oleh yang demikian, Lembaga Pengampunan bersetuju untuk Najib dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

Menurut Urusetia Lembaga Pengampunan, jika denda itu tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun di mana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.

Sementara itu, Dr Zaliha ketika ditanya sama ada rasional keputusan Lembaga Pengampunan itu akan dikeluarkan kepada umum berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menyatakan mengenainya.

Dalam perkembangan lain, beliau menyatakan visi untuk menyelesaikan isu-isu legasi di Wilayah Persekutuan membabitkan warga asing dan isu-isu berkaitan infrastruktur seperti bekalan air di Labuan.

“Contohnya Kuala Lumpur, ia membawa imej kepada negara, ada isu-isu legasi berpanjangan yang kena selesaikan. Contohnya isu peniaga, isu miskin tegar, gelandangan, isu warga asing.

“Labuan pula, pembangunannya agak ketinggalan. Kita akan memperkemas Labuan sebagai hab pelancongan yang akhirnya menyumbang kepada ekonomi setempat.

“Begitu juga Putrajaya, kita mahu perkuatkannya sebagai bandar pintar dan ada potensi sebagai pusat pelancongan,” katanya. – 3 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related