◉ HEADLINES

JMG keluarkan surat arahan henti tugas di lombong Bukit Perangin

Lawatan susulan melalui dron mendapati terdapat banyak retakan pada struktur batuan yang boleh menyebabkan runtuhan dan kawasan kerja masih dikategorikan sebagai tidak selamat

11:45 AM MYT

 

ALOR SETAR – Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) telah mengeluarkan Surat Arahan Henti Tugas di tapak lombong Bukit Perangin, dekat Kubang Pasu pada Khamis lepas berikutan kes kemalangan maut yang berlaku di kawasan itu sebelum ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata laporan awal berhubung kes kemalangan maut yang melibatkan seorang pekerja asing di tapak lombong itu mendapati kawasan muka lombong berada dalam keadaan tidak stabil dan mempunyai risiko runtuhan susulan.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan JMG mendapati pihak lombong telah meletakkan tali penghadang sebagai langkah kawalan keselamatan bagi mengelakkan kawasan kejadian daripada diceroboh masuk.

“Walau bagaimanapun, pemeriksaan sekitar mendapati tiada sebarang papan tanda keselamatan atau peringatan diletakkan berhampiran kawasan kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata rakaman saksi utama kejadian memaklumkan para pekerja telah mengingkari arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan agar menjalankan kerja di kawasan yang telah ditetapkan.

Menurutnya, lawatan susulan melalui dron mendapati terdapat banyak retakan pada struktur batuan yang boleh menyebabkan runtuhan dan kawasan kerja masih dikategorikan sebagai tidak selamat.

“Segala kerja dalam lombong telah diarah untuk dihentikan merujuk kepada Seksyen 21(2) Akta Pembangunan Mineral 1994 dan arahan juga telah dikeluarkan agar kesemua akses masuk ke kawasan kejadian ditutup sehingga siasatan selesai dijalankan.

Nik Nazmi berkata pemegang Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) telah diarah mengemukakan laporan lengkap kemalangan maut, kajian semula pelan pengurusan keselamatan dan laporan penilaian kestabilan cerun dan mitigasi untuk pertimbangan lanjut JMG dan kementerian. – 3 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related