◉ HEADLINES

Raghad nafi ‘bawa keluar’ Taib Mahmud dari hospital

Beliau turut mengepilkan nota tulisan tangan seorang jururawat bagi membuktikan apa yang didakwa adalah tidak benar

9:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Toh Puan Raghad Kurdi Taib, isteri kepada Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menafikan dakwaan beliau mengeluarkan bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak itu dari sebuah hospital di negeri terbabit.

Melalui hantaran di Instagram, beliau berkata, apa yang didakwa itu adalah tidak benar dan mendakwa membuktikannya menerusi nota tulisan tangan jururawat.

Nota itu turut diselitkannya melalui hantaran berkenaan.

“Itu (dakwaan membawa keluar Taib Mahmud dari hospital) tidak benar,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial kononnya Taib Mahmud telah diculik dari hospital di Sarawak oleh seorang ahli keluarganya,

Laporan itu mendakwa lewat malam Sabtu lalu, seorang ahli keluarga terdekat telah mengeluarkan semua peralatan perubatan yang melekat pada tubuh Taib Mahmud tanpa memaklumkan kepada kakitangan hospital.

Susulan itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata dalam kenyataannya berkata, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak sedang menyiasat hantaran di media sosial itu.

Beliau berkata, pihaknya telah mengesan satu posting (hantaran) tular melibatkan bekas pemimpin negeri itu yang dimuat naik dalam laman media sosial.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung isu tular iaitu membawa keluar bekas Yang Dipertua Negeri dari sebuah hospital.

“Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan,” katanya. – 5 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related