◉ HEADLINES

Empat wilayah di Petaling, Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat alami gangguan air

Ia disebabkan penutupan sementara stesen Sungai Loji Rawatan Air Semenyih akibat pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir

3:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat wilayah di Selangor melibatkan Petaling, Sepang, Hulu Langat dan Kuala Langat akan mengalami gangguan air tidak berjadual susulan penutupan sementara stesen Sungai Loji Rawatan Air (LPA) Semenyih, akibat pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Air Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan terjejas ialah Taman Mutiara Puchong, Pusat Bandar Puchong (Jalan 3-20, Jalan Merbah, Jalan Bandar 1-2), Bandar Puchong Jaya (Jalan Tempua) dan Kampung Sri Langkas.

Turut terjejas ialah Taman Perindustrian Puchong (Jalan TPP 1, 5 dan 6), Taman Denai Puchong, Kampung Bersatu Puchong, Kampung Kenangan Puchong, Taman Sri Puchong, Kampung Sri Andalas, Taman Puchong Intan dan Kampung Baru Sri Puchong.

Selain itu, kawasan terjejas turut melibatkan Desa Millennia, Kampung Sri Aman, Kampung Sri Aman Mas 1 dan 2, Kampung Batu 14 Puchong, Bandar Bukit Puchong Bandar Puchong Utama, Taman Puchong Impian, Kampung Orang Asli Rasau, Universiti Putra Malaysia (UPM), Hospital Serdang, UPM Veterinar, UPM Infoport, Hospital UPM.

Kawasan lain termasuk Taman Wawasan, Taman Indah Subang Uep, Taman Bukit Serdang, Taman Serdang Perdana, Perindustrian Bukit Serdang, Hotel Palace/Selangor Turf Club, Taman Serdang Raya 1-8, Taman Teknologi Malaysia (Astro), Nahrim, Lestari Putra (LEP 4), Serdang Lama, Serdang Jaya, Taman Muhibbah.

Turut terjejas ialah Seri Kembangan 2, 3, 4, 5, 6, 8, 9, 10, 11 dan 12, Taman Sri Serdang, Taman Serdang Jaya, Pusat Perdagangan Seri Kembangan, Taman Bukit Serdang 1, 3 dan 4, Taman Jinma, Taman Kembangsari, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan, KTM Serdang, Lestari Perdana (LP 3), Lestari Perdana (Apartmen Sri Indah) dan Lestari Putra (LEP 3).

Menurut kenyataan itu, bantuan alternatif lori tangki air akan digerakkan kepada pelanggan yang terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis kritikal.

Air Selangor sedang berusaha untuk memastikan setiap usaha untuk meminimumkan kesan kepada pelanggan yang terjejas, selain mengemas kini status kemajuan dari semasa ke semasa. – 6 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related