◉ HEADLINES

Karikatur nasihat love scam PDRM buat netizen teruja, ‘kami nak sambungan kisah ini min’

Menerusi hantaran bertajuk Usik-Usik: Biar Lambat, Asalkan Jodoh Yang Tiba Nanti ‘Wujud’, PDRM meminta orang ramai lebih berwaspada agar tidak menjadi mangsa sindiket jenayah terbabit

6:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘Serius saya baca buat saspens…Hahaha pandai bergurau dah admin ya…’ itu antara komen netizen selepas melihat hantaran berunsur nasihat menggunakan ilustrasi karikatur dimuatnaik di Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) (PDRM).

Hantaran itu mengandungi elemen nasihat supaya individu berhati-hati dan tidak terjebak atau menjadi mangsa ‘love scam’ (kes penipuan cinta).

Memaparkan tajuk Usik-Usik: Biar Lambat, Asalkan Jodoh Yang Tiba Nanti ‘Wujud’, karikatur dihasilkan mfafairuz itu memaparkan mengenai seorang wanita menangis ketika masuk ke ruangan aduan di balai polis.

Wanita itu kemudian memaklumkan kepada anggota polis di kaunter aduan bahawa dia ingin membuat laporan mengenai suaminya, sebelum diminta duduk untuk berbuat demikian.

Ketika ditanya anggota terbabit apa yang berlaku terhadap suaminya, wanita itu tergagap-gagap menjawab sebelum mengatakan suaminya masih belum wujud (masih belum menemui pasangan).

“Ha! Belum wujud,” kata anggota terbabit.

“Panggil pasukan kita untuk bertindak sekarang! Ada kes berat! Suami cik ni mash belum wujud!” arah anggota polis terbabit kepada rakan sepasukannya yang bersedia untuk mencari suami bagi wanita berkenaan.

Menerusi keterangan di hantaran itu, PDRM menasihatkan individu sedang mencari pasangan hidup supaya meneruskan usaha mereka, namun perlu berhati-hati bagi mengelakkan ditipu individu yang menawarkan ‘cinta palsu’ demi keuntungam peribadi.

“Kalau balai polis jadi tempat mencari jodoh, adminlah orang yang paling depan buat laporan. Setiap hari akan telefon pegawai penyiasat, (tanya) jodoh saya sudah ada ke encik?, hehehe.

“Apapun, kepada rakan-rakan di luar sana yang masih mencari pasangan hidup, teruskan usaha kalian. Cuma satu pesan min (admin), berhati-hati dan jangan sesekali terjebak dengan sindiket penipuan seperti ‘Love Scam’ ok,” menurut keterangan di hantaran itu.

Ujarnya, sindiket terbabit sememangnya suka menjadikan sesiapa yang kesunyian sebagai mangsa.

“Ingat, biar lambat sampai jodoh, asalkan yang tiba itu nanti benar-benar wujud dan ditakdirkan ‘the one’ (satu-satunya yang sesuai) untuk anda,” katanya.

Pendekatan nasihat berunsur ‘lucu’ dan santai itu nyata menarik perhatian netizen dengan rata-rata mereka terhibur serta memujinya.

Tambahan, ia diberikan pihak berkuasa yang dikenali sebagai pasukan berkarakter tegas dan serius.

Mereka menyifatkan penggunaan kisah bergambar itu boleh lebih menarik perhatian orang ramai untuk melihat dan memahami apa disampaikan, selain meningkatkan kesedaran masyarakat.

“Hahahaha…bagus bah,” kata seorang pengguna.

“Polis sedia berkhidmat,” tulis Tai Tai.

“Apa ni admin, makin pandai jenaka tapi memang menarik,” komen individu lain.

“Kami nk sambungan kisah ni min,” gurau Wawa Najwa.

“Ok juga sesekali melawak…tak adalah serius memanjang page ni, terbaik admin,” kata pengguna.

Manakala, ada segelintir netizen ‘melayan’ dialog dipaparkan dalam karikatur itu dengan turut memberikan idea dan cerita sendiri.

“Kerahkan seluruh unit untuk membantu, ini bukan perkara main-main,” kata seorang pengguna pula.

“Ingat, Mazlan! Kerahkan seluruh anggota kita untuk membantu dalam kes ini,” arah Muhammad Faizuddin ‘meniru’ dialog daripada drama kepolisian popular, Gerak Khas.

“Harap pasukan PDRM dapat bertindak segera!” ujar seorang lagi individu. – 6 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related