◉ HEADLINES

BGTV nafi keluarkan video temubual dengan ‘Hot Daddy’, dakwa difitnah media

BGTV turut menyalahkan media yang didakwa hanya ingin menjual artikel dan cuba mencetuskan perspektif bahawa kumpulan itu adalah paling jahat dalam dunia

7:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Selepas dikecam ramai, pengendali saluran YouTube, Bros Gang TV (BGTV) tampil menawarkan ganjaran kepada mana-mana pihak yang berjaya menunjukkan bahawa ia menyokong perbuatan ‘Hot Daddy’ sama ada menerusi ayat atau kenyataan.

Malah kata BGTV, video mengenai program berkenaan juga tidak pernah dikeluarkan seperti yang digempar-gempurkan dalam masa beberapa hari ini, sebaliknya hanya gambar yang dikeluarkan.

Hot Daddy atau nama sebenarnya, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur baru-baru ini atas tuduhan mempromosi persundalan dengan ramai wanita lain, selain mengiklankan khidmat persundalan menerusi aplikasi X.

Menerusi kenyataan di Insta Story, BGTV turut menyalahkan media yang didakwa hanya ingin menjual artikel dan cuba mencetuskan perspektif bahawa kumpulan itu adalah paling jahat dalam dunia.

Sebaliknya pengendali rancangan itu mendakwa ia adalah platform yang menyuarakan supaya tindakan diambil ke atas perbuatan seumpama itu.

“Dalam masa terdekat BGTV akan mengeluarkan video mengenai apa yang berlaku dan perilaku media yang tidak ada integriti untuk penjualan artikel mereka.

“Sekali lagi, BGTV tidak pernah menyokong perkara yang tidak bermoral malah banyak video kami tentang (menentang) perbuatan sebegitu,’’ katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, semua pihak, terutama pempengaruh media sosial diajak untuk bertanggungjawab kepada agama dan negara.

Katanya, beliau sangat terkejut dengan laporan berita berhubung tindakan sebuah program podcast mengundang seorang individu yang sedang dibicarakan di mahkamah berkaitan aktiviti persundalan, dikenali Hot Daddy sebagai tetamu dalam rakaman itu.

Amat jelas aktiviti persundalan adalah satu perlakuan jijik di sisi agama. Usahlah kerana menagih populariti dengan mencipta sensasi sehingga sanggup menormalisasikan perkara maksiat dan mungkar.

“Justeru, saya mengajak semua pihak, terutamanya pempengaruh media untuk bertanggungjawab kepada agama dan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook. – 7 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related