◉ HEADLINES

Kes bunuh CEO Cradle Fund: Samirah dan dua remaja kekal bebas

Ia diputuskan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera

3:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar dan dua remaja, pada 21 Jun tahun lepas atas tuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan.

Ia diputuskan oleh panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim serta Datuk Azhahari Kamal Ramli.

Pada 21 Jun 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Samirah, 48, yang juga balu Nazrin, serta dua remaja yang kini berumur 21 dan 18 tahun daripada tuduhan membunuh Nazrin selepas memutuskan bahawa pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Samirah, dua remaja berusia 18 dan 21 tahun serta seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, didakwa membunuh Nazrin, 45, di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara jam 11.30 malam pada 13 Jun 2018 hingga jam 4 pagi pada 14 Jun 2018.

Ketiga-tiga mereka diwakili oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Pada 30 Jun 2022, Samirah dan kedua-dua remaja itu memfailkan rayuan bagi mencabar penemuan fakta tertentu oleh Mahkamah Tinggi termasuk kebakaran yang berlaku di bilik Nazrin “dilakukan dengan sengaja.”

Dalam penghakimannya, Vazeer berkata, pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadap responden.

Menurutnya, penggantungan pihak pendakwa terhadap teori terakhir bahawa Nazrin kali terakhir dilihat bersama responden sebelum kematiannya, tidak dapat digunakan kerana kegagalan untuk menetapkan masa kematian si mati.

“Tidak mungkin untuk mensabitkan tertuduh semata-mata berdasarkan teori terakhir yang dilihat, ia memerlukan sesuatu yang lebih mantap untuk menghubungkan tertuduh dengan jenayah itu,’’ katanya.

Vazeer juga berkata pendakwa gagal mendapatkan sebarang bukti motif daripada ketiga-tiga mereka, selain keterangan yang diberikan adalah samar-samar.

Katanya, Eka Wahyu Lestari, sebenarnya sudah lama berada di Kuching dan ia bertentangan dengan dakwaan pihak berkuasa dan menyatakan polis tidak mengambil sebarang langkah untuk menangkapnya.

Tambahnya, Mahkamah Tinggi juga tersilap apabila mendapati kebakaran yang berlaku di bilik Nazrin adalah disengajakan.

Panel mendapati analisis petroleum di tempat kejadian tidak tepat dan dilakukan secara tergesa-gesa, manakala tiada unsur pembunuhan dalam kes itu kerana si mati mengalami luka selaras dengan letupan akibat kebakaran yang tidak disengajakan. – 8 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related