◉ HEADLINES

Polis siasat dakwaan wanita diintip, kamera tersembunyi ditemukan dalam bilik air

Polis berkata siasatan sedang dilakukan dari pelbagai sudut, namun pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang imej atau kandungan video dalam storan kamera terbabit

2:52 PM MYT

 

GEORGE TOWN –  Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita mendakwa diintip menerusi kamera tersembunyi di dalam bilik air ketika menginap di sebuah inap desa di Jelutong, seperti yang tular melalui media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati pengadu merupakan seorang wanita tempatan berusia 24 tahun telah mendaftar masuk ke inap desa terbabit bersama tiga rakannya pada 5 Februari lepas untuk bercuti.

“Pada 6 Februari kira-kira 8 malam, pengadu mendakwa telah terjumpa sebuah kamera yang disembunyikan di dalam bekas pewangi ketika menggunakan tandas di dalam bilik air.

Terdahulu, berdasarkan kandungan laporan yang dimuat naik, wanita itu mendakwa dia menyedari ada lubang kecil pada bekas pewangi ketika sedang mandi, lalu membuka bekas terbabit dan mendapati ada sebuah kamera di dalamnya – Tangkapan layar media sosial, 10 Februari, 2024

“Pengadu kemudian terus mengeluarkan kamera itu dan membuat aduan mengenai perkara berkenaan kepada pihak pengurusan inap desa sebelum ke Balai Polis Jelutong untuk membuat laporan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Razlam, hantaran berhubung dakwaan itu dikesan dimuat naik menerusi aplikasi X oleh pemilik akaun “Isu Semasa Viral” semalam dan telah tular sehingga mendapat perhatian masyarakat umum.

Beliau berkata siasatan sedang dilakukan dari pelbagai sudut, namun pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang imej atau kandungan video dalam storan kamera terbabit.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes berkenaan sehingga boleh menjejaskan siasatan pihak polis.

Terdahulu, berdasarkan kandungan laporan yang dimuat naik, wanita itu mendakwa dia menyedari ada lubang kecil pada bekas pewangi ketika sedang mandi, lalu membuka bekas terbabit dan mendapati ada sebuah kamera di dalamnya.

Perkara itu kemudian diadu kepada pihak pengurusan dan seterusnya ke balai polis. – 10 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related