◉ HEADLINES

Aliran trafik sesak, perlahan di lebuh raya utama petang ini

Akaun rasmi X PLUS memaklumkan terdapat kemalangan di KM168.2 arah utara dari Bandar Baharu ke Jawi namun tiada lorong terhalang

6:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat 5 petang ini sesak dan perlahan berikutan pergerakan orang ramai sempena cuti panjang sambutan Tahun Baharu Cina, bermula hari ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama memaklumkan trafik sesak dan perlahan kira-kira lima kilometer di Lebuhraya Duta–Ulu Klang (DUKE) menghala ke Plaza Tol Gombak bermula dari Greenwood dan Batu Caves.

Keadaan trafik turut dilaporkan perlahan ke arah utara dari Hospital Sungai Buloh ke Rawang Selatan, Bukit Beruntung ke Bukit Tagar, Sungkai ke Bidor, Tapah ke Gopeng dan Bandar Baharu ke Bandar Cassia.

“Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah, lancar kecuali di Lentang ke Bentong menghala timur,” katanya.

Menurut jurucakap itu, trafik sesak dan perlahan turut dilaporkan berlaku menghala ke selatan bermula di Nilai ke RnR Seremban, Bandar Ainsdale ke Senawang dan Simpang Ampat ke Ayer Keroh.

Akaun rasmi X PLUS memaklumkan terdapat kemalangan di KM168.2 arah utara dari Bandar Baharu ke Jawi namun tiada lorong terhalang dan trafik terkawal. – 10 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related