◉ HEADLINES

Kekalkan Muhyiddin calon PM bukti PN ketandusan pemimpin masa depan: Puad

Menurut Puad, Muhyiddin gagal menerajui negara dalam tempoh 17 bulan

1:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan Perikatan Nasional (PN) mengekalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri jika pembangkang kembali berkuasa menunjukkan gabungan itu tidak bertanggungjawab dan ketandusan pemimpin masa depan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi mendakwa, bekas Perdana Menteri itu gagal menerajui negara dalam tempoh 17 bulan.

“Semua tahu Muhyiddin adalah ‘PM gagal’. Tiada kejayaan signifikan yang boleh dibanggakan.

“Banyak pelanggaran tatakelola, termasuk kebimbangan mengenai isu Jana Wibawa dan menantunya masih menghilangkan diri ke keluar negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau turut mengkritik PAS yang juga ahli gabungan PN kerana tidak berani mempertahankan Naib Presidennya dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon Perdana Menteri PN.

Keengganan ini, kata Puad, timbul daripada kebergantungan PAS kepada Bersatu untuk mendapatkan sokongan kewangan.

“PAS masih memerlukan duit daripada Bersatu kerana ia ada Jana Wibawa dan dana Wibawa,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin mempertahankan Muhyiddin dengan berkata tidak salah menamakannya sebagai calon Perdana Menteri kerana beliau pernah memegang jawatan itu sebelum ini di bawah pentadbiran PN. – 11 Februari 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related