◉ HEADLINES

Kamera hendap wanita di bilik air, polis kesan lelaki bantu siasatan

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang

2:34 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung dakwaan oleh seorang wanita diintip menerusi kamera tersembunyi di dalam bilik air ketika menginap di sebuah inap desa di Jelutong, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata berdasarkan siasatan, polis mendapati lelaki tempatan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Beliau berkata setakat ini polis telah merekodkan keterangan empat individu termasuk pengadu dan pengurus rumah inap desa terbabit bagi membantu siasatan kes.

“Berdasarkan siasatan dan keterangan yang direkod setakat ini, polis sedang mengesan seorang lelaki dan dia dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian kamera tersembunyi dalam bilik air tersebut.

“Pemeriksaan pihak polis mendapati pautan yang terdapat di kamera itu menghubungkan dengan telefon bimbit lelaki berkenaan dan sebab itu kita kesan dia untuk membantu siasatan kes,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Razlam berkata kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.

Semalam, polis mengesahkan menerima laporan daripada wanita tempatan berusia 24 tahun mendakwa diintip menerusi kamera yang disembunyikan di dalam bekas pewangi di bilik air, ketika sedang bercuti pada 5 hingga 6 Februari lepas. – 11 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related