◉ HEADLINES

Mangsa kebakaran Flat Sri Sabah ditempatkan di rumah transit Khamis ini: Zaliha

Kesemua mangsa daripada lima keluarga itu dibenarkan mendiami rumah transit berkenaan untuk tempoh enam bulan hingga tiga tahun

12:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kesemua 16 mangsa kebakaran di tingkat 17, Blok 70 Flat Sri Sabah akan ditempatkan di rumah transit di Flat Sri Johor, Cheras pada Khamis ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata kesemua mangsa daripada lima keluarga itu dibenarkan mendiami rumah transit berkenaan untuk tempoh enam bulan hingga tiga tahun.

“Kita benarkan duduk di rumah transit itu selama enam bulan bagi mereka yang mempunyai rumah sendiri, manakala bagi yang menyewa mereka dibenarkan menduduki rumah transit itu selama tiga tahun,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Seri Cheras di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Selain itu sebanyak RM7,300 sumbangan tunai dan barang keperluan asas telah disalurkan kepada lima keluarga yang terlibat dalam insiden berkenaan. 

“Kita dari JWP (Jabatan Wilayah Persekutuan) telah memberi sumbangan RM5,000, DBKL (RM 1,000), Parlimen Bandar Tun Razak (RM 1,000) dan Jabatan Kebajikan Masyakat (RM300),” katanya.

Pada Ahad lepas, sebanyak lima unit rumah di tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras, musnah dalam kebakaran dipercayai berpunca daripada masalah pendawaian elektrik.

Sementara itu, Dr Wan Azizah turut mencadangkan pihak bomba memberi penerangan kepada orang awam mengenai persediaan kebakaran bagi membolehkan bantuan awal memadam kebakaran dilakukan.

“Penerangan tersebut adalah seperti bagaimana kalau ada masalah, pili bomba mana yang orang awam boleh guna untuk membantu (memadam kebakaran) secepat mungkin,” katanya. – 13 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

◉ Related