◉ HEADLINES

Nahas pesawat Kapar: Mayat mangsa sudah dikeluarkan

Kedua-dua mayat mangsa kini sedang dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)

8:40 PM MYT

 

KAPAR – Mayat kedua-dua mangsa nahas pesawat terhempas di Jalan Benteng Kanan, Kampung Tok Muda, Kapar, Klang sudah dikeluarkan daripada bangkai Gabriel BK160 itu pada jam 8.11 malam ini.

Kedua-dua mayat mangsa kini sedang dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Mangsa dikenalpasti sebagai juruterbang pesawat, Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu juruterbang, Roshaan Singh Raina, 42.

Kedua-dua ahli kelab penerbangan Air Adventure Flying Club itu sedang melakukan penerbangan rekreasi sebelum pesawat berkenaan terhempas.

Trak yang membawa mangsa meninggalkan lokasi kejadian untuk menuju ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. – Azim Rahman/Scoop, 13 Februari, 2024

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kedua-dua mangsa ditemukan dalam pesawat yang terbenam lebih dari dua meter dalam tanah.

“Kedua mangsa akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat. Selepas itu proses pengecaman akan dilakukan ahli keluarga mangsa.

“Kedua-dua mangsa ditemui dalam kokpit bangkai pesawat pada pukul 2 petang,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan yang dua individu berada di dalam pesawat itu, termasuk seorang juruterbang.

Namun, tiada panggilan kecemasan diterima daripada pesawat ringan Gabriel BK160 itu sebelum ia terhempas, kata CAAM. – 13 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Malaysia sees 11.1% increase in crime rate, with property offences and assaults leading the rise

The latest report reveals a spike in property crimes and assaults, while homicides and kidnapping cases show signs of improvement

◉ Related