◉ HEADLINES

Nahas udara Kapar: Proses bedah siasat dijangka selesai petang ini

Walaupun identiti mangsa sudah diketahui, proses bedah siasat dan pengesahan mayat perlu dijalankan mengikut SOP

11:18 AM MYT

 

KLANG – Proses bedah siasat ke atas mayat dua mangsa nahas udara Kapar di sini dijangka selesai petang ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, walaupun identiti mangsa sudah diketahui, proses bedah siasat dan pengesahan mayat perlu dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Mayat sedang melalui proses post mortem (bedah siasat). Petang ini haraplah (selesai post mortem). As soon as possible. (Secepat yang mungkin).

“Kita akan cuba sebaik mungkin. Saya sudah bincang dengan Jabatan Patologi untuk segerakan,” katanya kepada media ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, hari ini.

Vijaya berkata, kedua-dua ahli keluarga juga sudah selesai memberikan sampel cap jari bagi tujuan pengecaman dan pengesahan mayat.

“Pengesahan semua kemudian, sekarang proses post mortem (bedah siasat) sedang dijalankan dan proses cap jari (sudah selesai melibatkan ahli keluarga mangsa).

“Bila dah confirm (sah) 100 peratus, baru saya boleh sahkan, tunggu kenyataan saya nanti,” katanya.

Terdahulu, kedua-dua waris mangsa dilihat beredar meninggalkan pekarangan Jabatan Forensik selepas selesai memberikan sampel cap jari dan asid deoksiribonukleik (DNA) kira-kira jam 9.16 dan 9.50 pagi.

Mayat kedua-dua mangsa insiden terbabit dikeluarkan daripada bangkai pesawat Gabriel BK160 itu pada jam 8.11 malam tadi dan terus dihantar ke HTAR.

Kedua-dua ahli kelab penerbangan Air Adventure Flying Club itu sedang melakukan penerbangan rekreasi sebelum pesawat berkenaan terhempas.

Dalam kenyataannya, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kedua-dua mangsa ditemukan dalam pesawat yang terbenam lebih dua meter atau kira-kira 45 peratus dalam tanah.

“Kedua-dua mangsa ditemui dalam kokpit bangkai pesawat pada jam 2 petang,” katanya menerusi kenyataan.

Manakala, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan mengesahkan dua individu berada di dalam pesawat itu, termasuk seorang juruterbang.

Namun, tiada panggilan kecemasan diterima daripada pesawat ringan itu sebelum ia terhempas. – 14 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related