◉ HEADLINES

Nahas udara Kapar: Polis rakam keterangan lima saksi kejadian

Polis dan anggota Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) masih lagi berada di lokasi nahas untuk mengutip cebisan bangkai pesawat hari ini

2:46 PM MYT

 

KLANG – Polis telah mengambil keterangan lima individu bagi membantu siasatan kes pesawat ringan terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, mereka adalah saksi kejadian yang terdiri daripada penduduk kampung di lokasi nahas dan orang awam.

“Kita akan ambil keterangan lagi sekiranya perlu (untuk melengkapkan siasatan),” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, hari ini.

Beliau juga memaklumkan, polis dan anggota Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) masih lagi berada di lokasi nahas untuk mengutip cebisan bangkai pesawat hari ini

Vijaya turut memberitahu bangkai pesawat hanya jatuh di dua lokasi, bukan empat tempat seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Lokasi kedua bangkai nahas hanya ada sayap sahaja. Jarak di antara dua lokasi adalah kira-kira 500 meter,” katanya.

Semalam, mayat kedua-dua mangsa insiden terbabit telah dikeluarkan daripada bangkai pesawat itu, pada jam 8.11 malam dan terus dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Identiti mangsa disahkan sebagai juruterbang, Daniel Yee Hsiang Choon, 31, dan pembantu juruterbang, Roshaan Singh Raina, 43.

Kedua-dua ahli kelab penerbangan Air Adventure Flying Club itu sedang melakukan penerbangan rekreasi sebelum pesawat tersebut terhempas.

Sementara Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam kenyataannya sebelum ini mengesahkan kedua-dua mangsa ditemukan dalam pesawat yang terbenam lebih dua meter atau kira-kira 45% dalam tanah.

“Kedua-dua mangsa ditemui dalam kokpit bangkai pesawat pada jam 2 petang,” katanya.

Manakala, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) pula mengesahkan dua individu berada di dalam pesawat itu, termasuk seorang juruterbang.

Namun, tiada panggilan kecemasan diterima daripada pesawat ringan itu sebelum ia terhempas. – 14 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related