◉ HEADLINES

ESSCom jalan kajian rintis pelaksanaan PKP ESS Zone

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini diperluas ke empat daerah yang terlibat dengan PKP ESS Zone

3:15 PM MYT

 

SANDAKAN – Satu kajian rintis sedang dilaksanakan di Sandakan dan Semporna berkaitan penerimaan masyarakat Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) terhadap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan itu, kata Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCom) jalan kajian rintis pelaksanaan PKP ESS Zone) Datuk Victor Sanjos.

Beliau berkata kajian itu dilakukan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan hasilnya akan dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta pengurusan tertinggi Kementerian Dalam Negeri pada penghujung bulan ini.

“Kajian seterusnya diperluas ke empat daerah yang terlibat dengan PKP ESS Zone. Melalui kajian ini akan dapat meneliti penerimaan masyarakat dan kumpulan sasar dalam sektor perdagangan, perniagaan, perikanan, pelancongan serta pendidikan terhadap langkah penjenamaan semula Perintah Berkurung kepada PKP ESS Zone,” katanya dalam teks ucapan sesi libat urus dan majlis dialog ESSCom jalan kajian rintis pelaksanaan PKP ESS Zone bersama komuniti ESS Zone Sandakan di sini.

Teks ucapan itu dibacakan oleh Timbalannya Brig Jen Roslan Mat Saad.

Menurut Victor sesi libat urus di sini merupakan penganjuran kedua selepas Semporna yang bertujuan melaksanakan kajian rintis berkenaan PKP ESS Zone susulan maklum balas Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah tentang kesejahteraan masyarakat tempatan masih terjejas dengan penguatkuasaan perintah berkenaan, meskipun telah dijenamakan semula pada 17 Oktober tahun lepas.

Beliau berkata usaha itu akan menganalisis keberkesanan pelaksanaan arahan tersebut, mengenal pasti ancaman sedia ada dan mengkaji hala tuju dari segi pengecilan kawasan PKP ESS Zone atau memansuhkan perintah berkenaan secara menyeluruh atau hibrid.

Kajian itu seterusnya akan turut meneliti mekanisme alternatif bagi menggantikan arahan berkenaan sekiranya diputuskan untuk dimansuhkan pelaksanaannya.

Pada 16 Julai 2014, Perintah Berkurung dilaksanakan di perairan Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan, yang kemudian diperluas ke perairan Tawau, Kinabatangan dan Beluran bagi mengekang ancaman pencerobohan pengganas dan penculikan oleh kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR).

Berkuat kuasa 17 Oktober tahun lepas, perintah itu dijenamakan semula kepada PKP ESS Zone melibatkan perairan berkenaan kecuali Tawau, yang didapati mempunyai tahap keselamatan memuaskan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee berkata kajian itu merupakan usaha yang signifikan memandangkan Sandakan antara kawasan memiliki komuniti maritim terbesar dan terkesan dengan pelaksanaan PKP ESS Zone.

Beliau turut memuji pencapaian cemerlang ESSCom dalam memastikan tiada lagi kes KFR direkodkan sejak 2020. – 14 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related