◉ HEADLINES

Pertumbuhan baharu bumiputera perlu dikenal pasti: Anwar

Perdana Menteri mahu Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) menjadi penggerak kepada perspektif serta pendekatan baharu ke atas kerangka agenda bumiputera

8:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani bertekad untuk memperkukuh agenda bumiputera yang akan memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat, bukan hanya kumpulan tertentu sahaja, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menekankan dan mahu Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) menjadi penggerak kepada perspektif serta pendekatan baharu ke atas kerangka agenda bumiputera.

Usaha itu perlu melangkau sudut pandang sempit kononnya agenda tersebut hanya untuk kepentingan bumiputera, justeru pertumbuhan baharu bumiputera perlu dikenal pasti di samping pengumpulan data yang bersistematik, katanya menerusi hantaran di laman X, pada Rabu.

Beliau turut memaklumkan bahawa beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bilangan 1 Tahun 2024 pagi tadi dengan dihadiri ahli MEB meliputi  Timbalan-timbalan Perdana Menteri, menteri berkaitan serta wakil syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

“Mesyuarat telah meneliti kertas cadangan hala tuju agenda bumiputera yang turut mengambil kira input-input yang diperoleh daripada sesi libat urus yang telah diadakan,” katanya.

Anwar berkata persediaan mengenai penganjuran KEB 2024 yang dijadualkan pada 29 Februari hingga 2 Mac ini turut dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Selepas mesyuarat MEB itu, beliau turut menyempurnakan prapelancaran KEB 2024.

Sementara itu, menerusi hantaran berasingan di laman X, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KEB 2024 memperkasakan agenda bumiputera agar lebih positif, progresif dan inovatif.

Beliau berkata mesyuarat KEB turut membincangkan agenda pembangunan sosioekonomi bumiputera serta pengukuhan industri halal.

KEB 2024 akan mencadangkan hala tuju baharu dalam memperkasakan bumiputera dengan lebih adil, saksama dan inklusif, katanya.

“Semoga agenda ekonomi bumiputera terus diperkuat dan memberi manfaat yang berkekalan kepada komuniti bumiputera serta negara, insya-Allah,” katanya. – 14 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related