◉ HEADLINES

Saksi tolak panggilan video daripada Ebit Lew

Saksi itu berkata ada ketika Ebit Lew membuat panggilan video kepadanya tetapi beliau tidak mahu kerana berada dalam keadaan tidak bertudung

11:04 PM MYT

 

TENOM – Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa dia menolak untuk menerima panggilan video daripada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew sebaliknya hanya membenarkan panggilan biasa sahaja.

Wanita berusia 40-an itu berkata demikian selaku saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes, pada perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah itu di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad dalam pemeriksaan utama sebelum itu bertanya maksud teks perbualan dalam tangkap layar aplikasi WhatsApp antara saksi dan tertuduh iaitu “panggilan biasa boleh, panggilan video tidak boleh.”

“Maksud saya nak panggilan biasa, bukan panggilan video…saya tidak mahu (panggilan video),” katanya ketika memberi penjelasan maksud teks tersebut.

Saksi itu berkata ada ketika Lew membuat panggilan video kepadanya tetapi beliau tidak mahu memperlihatkan wajahnya kerana berada dalam keadaan tidak bertudung.

Semasa memberi penjelasan beberapa teks perbualan dalam aplikasi WhatsApp itu, wanita itu tidak dapat menahan sebak sehingga Nor Azizah meminta mahkamah berehat seketika untuk menenangkan saksi.

Saksi itu membuat penjelasan lebih 200 teks daripada 436 tangkap layar perbualan dalam aplikasi WhatsApp yang telah dikeluarkan daripada telefon bimbit saksi melibatkan kes itu.

Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan disambung esok. – 14 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related